Ku Li sokong BN teliti kerjasama politik dengan PAS

Pemimpin veteran politik negara, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li)berkata kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan PAS tidak ada salahnya dilakukan bagi menghadapi pilihan raya umum Ke-14 (PRU-14) jika membawa kebaikan kepada parti.

Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sama ada ahli kedua-dua parti boleh terima atau tidak kerjasama berkenaan seperti soal pembahagian kerusi atau calon, itu bergantung kepada pucuk kepemimpinan parti masing-masing.

“Saya rasa peringkat atasan akan meneliti perkara ini,” katanya selepas majlis perasmian Festival Belia Kelantan anjuran Majlis Belia Kelantan (MBK) di Pusat Sivik, di Gua Musang pada Selasa.

Jelas Ku Li, BN berhak menjalinkan kerja­sama dengan sesiapa sahaja termasuk PAS bagi menghadapi PRU-14, namun jika kerjasama dari aspek lain itu memerlukan kajian teliti.

“Tidak ada salahnya kalau hendak adakan kerjasama dengan PAS. Kalau kerjasama dengan parti lain pun tidak ada beza kerana ini untuk pilihanraya. Kalau itu boleh memberi manfaat kepada parti kita, apa salahnya.

“Sebagai contoh di Gua Musang, kerana adanya kerjasama tidak ada pertandingan. Tidakkah ini berfaedah kepada pihak yang terlibat? Dari sudut itu saya rasa ada keuntungan dan beri faedah, tetapi kalau sudut lain kita kena kaji,” katanya.

Tambah beliau, jika diteliti kebanyakan ucapan atau kenyataan pemimpin BN dan PAS, terdapat kecenderungan atau mirip ke arah kerjasama terutama sekali dalam bidang agama.

Menurutnya, terdapat sesetengah dasar kerajaan disokong oleh PAS dan tiada salahnya diwujudkan kerjasama di medan politik seperti pilihanraya kerana itu tidak merugikan BN dan PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana