Krisis Selangor: Azmin akan guna segala cara pujuk PAS

Jangan melompat dulu melihat PAS memutuskan kerjasama dengan PKR kerana Datuk Seri Azmin Ali akan menggunakan berbagai cara bagi memastikan PAS tidak keluar dari kerajaan Selangor.

Azmin yang naik jadi MB Selangor dengan sokongan PAS akan melakukan apa sahaja bagi memastikan PAS terus menyokong kepimpinannya ramal bekas pemimpin kanan PKR Cadrul Hisham Shaharin atau Chegubard.

Beliau bahkan yakinMajlis Syura PAS akan menggunakan alasan-alasan bagi mewajarkan PAS terus berada dalam kerajaan Selangor dan menyokong Azmin.

Jika benar PAS ingin memutuskan hubungan kerjasama politik dengan PKR, perkara tersebut harus diselesaikan dengan segera dan tepat.

"Jika betul nak selesai, selesaikan betul dan teruskan kekuatan rakyat.

"Tetapi mengapa PAS terus main 'ding dong'? Sebab inilah skrip yang mereka perlu ikut untuk melindungi dan menikmati kuasa mereka. Dihujung episod kali ini, PAS akan tarik balik usul yang telah diluluskan di Muktamar Tahunan PAS Kali ke-63," ramal beliau ketika dihubungi AgendaDaily.com pada Selasa.

Muktamar PAS merupakan tempat tertinggi untuk membuat keputusan secara umum sebelum ianya dirujuk kepada Majlis Syura Ulama (MSU) yang berperanan untuk diteliti kemudian menerima atau menolak dengan nas dan dalil-dalil agama setiap keputusan yang dibuat.

Chegu Bard yang pernah dikenali sebagai 'orang kuat' dalam PKR turut menjangkakan Azmin akan menggunakan alasan 'kukuh' untuk membuatkan PAS tidak kekal dengan keputusan yang dibuat di muktamar tahunan yang baru melabuhkan tirai pada Isnin.

"Diperingkat kerajaan Negeri Selangor, saya sangat menjangkakan kemungkinan besar Azmin akan menggunakan alasan pihak Istana seperti "istana inginkan kerajaan yang sedia ada..istana inginkan exco kerajaan sedia ada ini kekal"...dan keadaan ini tidak akan selesai sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang," katanya.

Chegu Bard turut mendedahkan pernah memberi pandangan ketika berada di dalam PKR, untuk menjadi kuat dan jika hendak takluk Putrajaya, cabaran utuma bukanlah Perdana Menteri, UMNO atau BN tetapi individu yang bernama 'Azmin Ali'.

"Saya pernah sebut (ketika dalam PKR), kalau nak jadi kuat dan hendak bergerak masuk ke Putrajaya dan sebagainya, cabaran utama bukanlah Najib Tun Razak (Perdana Menteri) atau UMNO dan BN...tetapi cabaran utama ialah perlu singkirkan orang yang bernama Azmin Ali.

"Sebab itu saya bukan sahaja dedahkan korupsi Azmin dan kumpulannya, malah saya turut mendedahkan strategi mereka...dan kerana itulah saya dipecat dan dibuang oleh parti," katanya.

Setiausaha Majlis Syura PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh dalam ucapan di muktamar meminta semua perwakilan memberikan kepercayaan kepada MSU PAS untuk menentukan hubungan dengan PKR termasuk di Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana