KRISIS MB SELANGOR BAKAL BERULANG?

HASRAT Pas untuk memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR dipercayai akan menyebabkan krisis pertukaran Menteri Besar Selangor dua tahun lalu bakal berulang.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sekiranya berlaku krisis dalam Kerajaan  Selangor, ia sememangnya dijangka kerana antara parti komponen dalam Pakatan Harapan masih membawa hala tuju masing-masing.

“Pakatan Harapan mampu terajui kepimpinan Kerajaan Selangor tetapi tidak mampu berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor, menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang pada 23 September 2014.

Abdul Khalid dikritik oleh pemimpin daripada Pakatan Rakyat sendiri, berhubung kerjasama dengan BN. Selaku Menteri Besar, beliau dikritik kerana masalah bekalan air mentah, masalah sampah, Kidex dan sebagainya.

Menurut Presiden MCA itu lagi, partinya tidak menghadapi masalah calon kerana dari dulu lagi calon-calon yang berpotensi sudah dikenal pasti dengan kerap turun padang bersama rakyat di kawasan masing-masing.

“MCA sudah ada senarai calon yang lengkap untuk hadapi pilihan raya di Selangor sebaik sahaja ia dibubarkan pada bila-bila masa,” kata Tiong Lai seperti dilaporkan dalam Nanyang Siang Pau.

Muktamar Pas ke-63 baru-baru ini meluluskan usul supaya tahaluf siyasi dengan PKR diputuskan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana