KONON TERBEBAN KOS SARA HIDUP, TAPI BAZAR RAMADHAN SESAK JUGA…

Hari ini masuk hari ketiga Ramadhan, umat Islam berpuasa di seluruh negara. Alhamdulillah, tidak ada sebarang kekecohan berlaku melibatkan peniaga bazar Ramadhan berebut tapak berniaga pada tahun ini seperti tahun-tahun sudah.
Seperti kebiasaan, bazar Ramadhan menjadi tumpuan umat Islam sebagaimana tahun-tahun lalu. Hari pertama dan hari kedua, boleh dikatakan semua bazar sesak dengan umat Islam membeli juadah berbuka.

Tempat letak kereta penuh, namun ada yang sanggup meletak kenderaan jauh dari tapak bazar dan menapak ke gerai-gerai jualan. Berpusu-pusu umat Islam menyelit di celah-celah gerai mencari juadah kesukaan keluarga.

Tidak dinafikan, berbuka puasa merupakan antara detik paling seronok bagi umat Islam. Malah ada juga dikalangan ‘geng plastik hitam’ yang tumpang sekaki. Mungkin kerana gaji baru masuk, maka penuhlah tangan kiri dan kanan dengan juadah masing-masing.

Namun jauh disudut hati penulis, teringat juga pada sejarah silam di zaman Rasulullah. Menurut riwayat, ramai di kalangan sahabat yang hanya berbuka dengan beberapa butir tamar dan air zam-zam sahaja. Begitu sederhana juadahnya.

Namun di zaman yang kononnya serba ‘susah’ dan ‘miskin’ ini, dilaporkan bahawa sisa makanan pada Ramadhan ini dijangka meningkat 20 peratus berbanding bulan-bulan biasa. Cuba fikirkan kenapa ia dijangka berlaku begitu.

Di saat ramai mengeluh kononnya terbeban dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, mereka tetap gigih membeli-belah hingga sarat di kedua belah tangan. Penuh meja dengan pelbagai juadah, namun tidak habis dimakan ketika berbuka.

Mungkin benar ada di kalangan yang benar-benar miskin tidak ke bazar Ramadhan. Namun rezeki mereka tetap ada dan adakalanya lebih mewah dari biasa. Bukankah di bulan ini banyak syarikat korporat dan individu membawa mereka berbuka di hotel-hotel hebat?

Bagi keluarga yang benar-benar miskin, mereka tidak punya akaun facebook untuk mengeluh terbeban. Tapi mereka yang sebenarnya kaya tapi mengaku miskin inilah yang selalu mengeluh kononnya ‘kebulur’ gara-gara dasar kerajaan yang dimomokkan ‘zalim’.

Padahal pada pandangan penulis, bukan kerajaan yang zalim, sebaliknya merekalah yang menzalimi diri sendiri. Bila dapat gaji, duit banyak, maka dibazirkan di bazar-bazar Ramadhan dengan justifikasi untuk ‘berbuka’. Begitu mereka mendidik hawa nafsu?

Bila membabitkan bab kerajaan, mereka bandingkan dengan zaman Khulafa’ Ar-Rashidin. Walhal, semua dasar kerajaan tidak menyalahi syarak Islam. Tapi bila dikritik sikap mereka yang menzalimi diri sendiri dan menyalahkan kerajaan, tak kira bulan puasa, mereka hamun dengan pelbagai kata kesat.

Bukan mudah untuk mendidik umat Islam di negara ini, khususnya golongan muda yang kononnya lebih bijak pandai dan berpengalaman luas. Namun penulis berdoa agar mereka renung kembali diri sendiri. Jangan sampai sudah tua pun nanti tidak ingat tikar sejadah…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana