Kongres PKR: PAS perlu putuskan sama ada hadir atau tidak, kata Saifuddin...Apa Hal Plak Dengan PAS?

Sungguhpun kerjasama politik antara mereka sudah ditamatkan,  PKR hari ini mendakwa parti itu sudahpun mengundang PAS menghadiri kongres nasional parti itu hujung minggu ini.

Bagaimanapun Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan menerima surat jemputan itu, lalu enggan mengesahkan kehadiran pemimpin PAS ke mesyurat tahunan PKR itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, pihaknya menghantar jemputan kepada PAS sebelum Majlis Syura Ulama memutuskan hubungan dengan PKR Khamis lalu.

"Pada masa itu kita hantar jemputan melalui kurier.. semakan saya sehingga pagi tadi, kita belum dapat pengesahan hadir.

"Kita hantar sebelum Majlis Syura putuskan dan statusnya sekarang Majlis Syura sudah putuskan, jadi kita masih semak lagi," kata beliau.

"Semakan itu belum ada jawapan. Pada masa persiapan, hubungan itu masih ada, masa itu kita hantar, jadi bila sudah hantar, kita semak tapi mereka belum bagi jawapan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu sebentar tadi.

Saifuddin berkata soal sama ada PKR akan menarik balik surat undangan itu hanya akan diputuskan setelah PAS membuat pendirian mengenainya.

"Masih nak jemput atau tidak, saya kena tunggu mereka jawab dahulu. Kita telah jemput PAS, itu fakta, sebelum daripada keputusan (Majlis Syura) memutuskan.

"Jadi kita tunggu jawapn PAS. Kalau dah ada jawapan PAS hadir atau tak, kemudian kita buat keputusan," katanya lagi.

PAS menamatkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR selepas menuduh parti itu sebagai tidak lagi menyokong perjuangan Islam PAS.

PKR menafikan dakwaan itu dan beberapa pemimpinnya termasuk Saifuddin mendesak ahli Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR untuk meletak jawatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana