KONFLIK PKR-PAS, BIAR RAKYAT NILAI PARTI BERMASALAH, KATA SALAHUDDIN AYUB

Parti Amanah Negara (Amanah) mengambil keputusan untuk tidak terlibat secara langsung dalam konflik antara Pas dan PKR selepas terputusnya tahaluf siyasi antara kedua parti itu.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata isu antara PKR dan Pas hanya boleh ditentukan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menentukan kedudukan Pas dalam kerajaan negeri itu.

“Biar rakyat lihat parti mana yang bermasalah sebenarnya.

“Biar rakyat buat penghakiman parti mana yang benar-benar berjuang bagi menyelesaikan masalah rakyat,” katanya di Shah Alam, hari ini.

Kata Salahuddin, pihaknya hanya akan mengambil pendekatan memperkukuhkan Pakatan Harapan sebelum menjelangnya pilihan raya umum akan datang bagi memastikan matlamat menawan Putrajaya dapat dicapai.

“Kita tak mahu Amanah dilihat sebagai parti yang mahu hidup di atas masalah orang lain. Amanah tidak akan bersikap begitu,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, pergolakan antara Pas dan PKR perlu diselesaikan segera dan tidak dilenggahkan sehingga membawa masalah kepada Pakatan Harapan.

“Mula-mula tunggu Muktamar (untuk putuskan hubungan dengan PKR), lepas itu tunggu pula Dewan Majlis Syura, kemudian mahu tunggu selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pusat pula.

“Terbaharu, mereka mahu tunggu perkenan Sultan pula untuk lepaskan jawatan. Sebenarnya Pas tidak boleh bersikap begitu,” katanya lagi.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini dipetik sebagai berkata, exco-exco Pas di Selangor akan kekal memegang jawatan mereka selagi mendapat perkenan SultanSelangor.

Menurut Takiyuddin, ini kerana hanya Sultan Selangor boleh mengarahkan mana-mana exco meletakkan jawatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana