KITA SUDAH DAPAT AGAK SIAPA MENANG PRU14 DENGAN DATA-DATA INI…..

RASANYA elok juga sekiranya di imbau kembali keputusan dan jumlah undi keseluruhan yang diperolehi parti yang bertanding pada PRU ke-13 iaitu ketika Pakatan Rakyat belum terkena racun persengketaan dalaman.

Entri ini diharap dapat membantu meringankan beban penyokong parti atau pemerhati politik di semua peringkat tidak kira Pro BN mahupun pembangkang.

Tujuan utama entri ini disiarkan bagi memudahkan orang ramai membuat analisis ringkas bagi mendapat sedikit gambaran parti manakah yang akan memerintah setelah PRU ke-14 diadakan.

Dengan analisis kita tidak bercakap kosong seperti kebanyakan, dengan analisis juga kita boleh dapat fakta angka, kerana dalam apa-apa pertandingan angka menjadi keutamaan setiap peserta. Namun begitu, keputusan sebenar adalah berada pada pengundi.

Sehari selepas keputusan PRU ke-13 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa 84.84 peratus atau 11,257,147 daripada jumlah 13,268,002 pengundi berdaftar keluar mengundi bagi 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bagi 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), jumlah yang keluar mengundi ialah 9,742,254 orang atau 85.82 peratus.

Berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan untuk PRU-13, daripada 13,268,002 pemilih berdaftar, pengundi biasa terdiri daripada 12,885,434 orang manakala pengundi pos (146,742) dan pengundi awal (235,826).

“Bagi kerusi Dewan Rakyat, BN memperolehi 5,237,699 undi, PKR (2,254,328 undi), Pas (1,633,389), DAP (1,736,267), Bebas (86,935), STAR (45,386), BERJASA (31,835), SWP (15,630), SAPP (10,099), PCM (2,129), KITA (623) dan BERSAMA (257).

“Bagi kerusi DUN pula, BN memperoleh 4,513,997 undi, Pas (2,133,944), DAP (1,442,298), PKR (1,303,457), Bebas (67,129), STAR (43,793), SAPP (31,324), PSM (8,136), BERJASA (4,756), KITA (1,791), BERSAMA (823) dan PCM (216).

Daripada 579 calon yang bertanding di kerusi Dewan Rakyat, 128 calon hilang wang deposit pilihan raya, dengan calon Bebas mencatatkan jumlah paling ramai, iaitu 75 orang.

Bagi keputusan 222 kerusi Dewan Rakyat pada PRU ke-13, BN memenangi 133 kerusi, PKR (30), Pas (21) dan DAP (38).

Bagi kerusi DUN, BN memperoleh 275 kerusi, DAP (95), Pas (86) dan PKR (49).

Dari data yang dipetik dari portal hotkelate ini kita dapati prestasi BN tidaklah terlalu teruk, namun tidak pula boleh didabik dada.

Bagaimanapun, ia menunjukkan bahawa BN merupakan sebuah parti yang masih diyakini rakyat walaupun sudah 13 kali pilihan raya diadakan.

Berdasarkan kekuatan dan kualiti BN yang semakin bertambah di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak kali ini, tidak mustahil rakyat akan terus memilih BN sebagai wakil mereka bagi lima tahun berikutnya. –Tv14

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana