KIT SIANG AKAN JADI KETUA MENTERI PULAU PINANG?ANAK BERANAK DIA SAJA LAH

Pakatan Harapan (PH) merupakan pergabungan tak rasmi antara parti politik pembangkang di Malaysia yang bertindak selaku pewaris Pakatan Rakyat.

Parti campuran ini terdiri daripada Parti Tindakan Demokratik, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Tak cukup dengan parti yang sedia ada, pakatan ini juga pernah cuba tarik parti PAS untuk turut serta. Malangnya pakatan tak berjaya pujuk PAS apabila parti Islam itu menolak kerana telah menegaskan tidak akan bergabung dengan mana-mana parti yang berkait dengan DAP dan PAN.

Selain itu, pakatan ini juga tidak mempunyai logo rasmi tetapi kini giat mencari logo yang sesuai hingga meminta cadangan orang ramai. Itupun selepas rekaan logo yang telah disediakan sebelum ini mendapat kecaman hebat.

Bagaimanapun jika dilihat kedudukan pemimpin yang ada dalam pakatan ini, hanya kedudukan Penasihat DAP Lim Kit Siang sahaja tiada dalam senarai.

Oleh sebab itu bekas aktivis DAP, Shamsher Singh Thind mempertikai di mana kedudukan Kit Siang dalam jawatankuasa PH yang bakal dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak lama lagi.

Jika nama Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad disenaraikan sebagai Penasihat PH, namun Kit Siang tidak senarai dalam organisasi jawatankuasa pakatan pembangkang itu.

Shamsher Singh membuat pertanyaan itu berdasarkan infografik The Malaysian Insight yang meletakkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai Pengerusi PH, manakala Mahathir sebagai penasihat.

“Jadi Maha Firaun (Dr Mahathir) adalah Penasihat Pakatan? Dan di mana kedudukan Lim Kit Siang? Adakah dia (Kit Siang) bakal Ketua Menteri Pulau Pinang?,” soal Shamsher Singh dalam Facebooknya.

Sebelum ini The Malaysian Insight melaporkan Mahathir dipilih sebagai Penasihat PH, namun tanpa mempunyai kuasa eksekutif.

Jika sebelum ini difikirkan PPBM masuk PH maka PPBM akan ‘telan’ PH, rupa-rupanya silap sangka. Sebaliknya PPBM dengan Mahathir dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya sekadar menjadi boneka kepada DAP sahaja.

Selain Mahathir, pakatan ini juga cuba berusaha untuk melantik bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang berada di penjara Sungai Buloh dilantik sebagai penasihat PH.

Dek kerana status bekas Menteri Kewangan itu sebagai banduan, usaha perundangan akan difailkan kepada RoS untuk membolehkan penasihat PKR itu dilantik ke jawatan tersebut.

Wan Azizah akan dibantu oleh tiga Naib Pengerusi diwakili tiga parti; DAP, PAN dan PPBM; iaitu Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP), Mohamad Sabu (Presiden PAN) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden PPBM).

Manakala Ketua Sekretariat PH Saifudin Abdullah (dari PKR) dipilih sebagai setiausaha agung gabungan itu dan Naib Presiden DAP M Kulasegaran sebagai bendahari.

Laporan itu turut menyebut, tiga orang pimpinan tertinggi parti akan dilantik dalam Majlis Presiden PH.

DAP diwakili Tan Kok Wai (Pemangku Pengerusi DAP), Teresa Kok (Naib Pengerusi DAP) dan Anthony Loke (Setiausaha Organisasi DAP).

PKR diwakili Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR), Nurul Izzah Anwar (Naib Pengerusi PKR) dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR).

PPBM diwakili Dato’ Seri Mukhriz Mahathir (Timbalan Presiden PPBM), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman (Naib Presiden PPBM) dan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Setiausaha Agung PPBM)

Dan PAN pula diwakili Salahuddin Ayub (Timbalan Presiden PAN), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Naib Presiden PAN) dan Anuar Tahir (Setiausaha Agung PAN).

Apa pun jika dilihat kedudukan Muhyiddin bertaraf mantan Timbalan Perdana Menteri dalam PH hanya sekadar sama taraf dengan Mohamad Sabu yang tidak pernah memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan.

Lebih ‘menyedihkan’, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang amat giat dalam aktiviti memfitnah dan menyerang PAS langsung tidak masuk buku. Jelas yang menguasai secara langsung dan tidak langsung Majlis Presiden Pakatan Harapan ialah DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana