KHAIRUDDIN, ANINA, GUAN ENG, MATTHIAS DICABAR KE AS SAMAN TRUMP

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, bekas ahli Wanita UMNO, Anina Saadudin, Setiausaha Agung DAP, Guan Eng serta peguam, Matthias Chang digesa untuk ke Amerika Syarikat dan mencabar undang – undang serta perlembagaan negara itu yang memberi kuasa mutlak kepada Presiden Donald Trump untuk memecat pegawai – pegawai kerajaan.

Menurut Naib Presiden Parti Cina Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan keempat-empat individu berkenaan juga boleh berhimpun untuk berdemo di hadapan Rumah Putih sekiranya mereka berani ekoran pemecatan Pengarah Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey, yang mengetuai agensi itu dalam siasatan pasukan kempen pilihan raya Trump dengan Russia.

“Namun Donald Trump sangat bertuah kerana di Amerika Syarikat tidak ada manusia seperti Lim Guan Eng, Mattias Chang, Khairuddin Abu Hassan dan Annina Samsuddin yang sudah pastinya akan mengeluarkan kenyataan – kenyataan bodoh serta menjadikan kes pemecatan mereka seperti ini sebagai satu isu politik.

“Mereka wajar pergi ke Amerika Syarikat saman Donald Trump,” ujarnya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Huan, ini juga adalah susulan dari pemecatan Peguam Negara Amerika Syarikat Loretta Lynch dan juga Timbalan Peguam Negara Amerika Syarikat Sally Yates atas sikap tidak profesional kedua individu terbabit ketika menjadi penjawat awam yang dibayar gaji oleh kerajaan Amerika.

Sebelum itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, hari ini memecat Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey, yang mengetuai agensi itu dalam siasatan pasukan kempen pilihan raya beliau dengan Russia.

Comey mencetuskan kontroversi dalam Pilihan Raya Presiden 2016 apabila beliau mengetuai siasatan bagi menentukan sama ada beberapa pembantu Trump bersekongkol dengan Moscow untuk meraih undi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana