KETENANGAN NAJIB RAZAK DALAM TEMPUHI CABARAN

Memiliki satu ketenangan dan tahap kesabaran yang tinggi sebenarnya cukup sukar digapai oleh manusia hari ini. Setiap hari, ada sahaja cabaran yang akan memberikan cabaran terhadap minda dan kesabaran kita dalam menempuh cubaan sedemikian. Hari ini, disaat dunia serba mencabar ini, ramai yang telah tewas akibat kegagalan mereka meraih ketenangan dan kesabaran.

Namun, lain pula halnya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Beliau disifatkan sebagai seorang Perdana Menteri yang cukup tenang dalam menghadapi pelbagai cabaran, fitnah dan provokasi melampau musuh-musuh politik beliau. Sukar untuk kita lihat reaksi marah beliau terpamer di khalayak ramai.

Seperti yang pernah diungkapkan oleh isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansur, beliau berkata, terlalu sukar untuk melihat Datuk Seri Mohd Najib marah. Kadangkala beliau sendiri hairan, bagaimana suaminya ini mampu bertahan dan kekal tenang disaat dirinya ditohmah dengan pelbagai fitnah yang adakalanya mencabar kesabaran dirinya sendiri.

Menurut Datin Seri Rosmah lagi, sebagai isteri, Datuk Seri Mohd Najib hanya akan memilih mendiamkan diri sekiranya marah. Sukar untuk beliau mendengar sendiri rungutan suaminya walau sebesar mana dugaan yang mendatang. Lihat sahaja bagaimana Datuk Seri Mohd Najib teruk difitnah berhubung isu derma dari keluarga DiRaja Arab Saudi yang sehingga kini dijadikan peluru buat musuh-musuh politiknya.

Apa yang berlaku semalam sewaktu pelakon veteran, Sulaiman Yassin atau dikenali sebagai Mat Over yang telah menampar David Teo sewaktu majlis TN50 bersama penggiat seni semalam, sebenarnya, bukan kali pertama berlaku di hadapan Datuk Seri Mohd Najib. Beliau pernah berhadapan dengan sekumpulan pelajar Melayu di London yang bertindak melaungkan pelbagai kata-kata kurang enak terhadap beliau, tahun lalu.

Malah, beliau sendiri pernah berhadapan dengan cemuhan dikalangan ahli UMNO sendiri sewaktu mengambil keputusan mengikut kehendak Ahli Majlis Tertinggi yang menggantung dan kemudiannya memecat timbalan beliau sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Malah, reaksi yang sama turut berlaku apabila beliau mengambil keputusan memecat Datuk Seri Mukhriz dari jawatan Menteri Besar Kedah.

Itu belum lagi cabaran yang beliau terima apabila laman sosial miliknya diserang oleh rakyat Malaysia yang tidak ada adab dan tamadun hanya kerana berang harga minyak petrol dan diesel naik sebanyak RM 0.20 sen. Begitu juga dengan deretan fitnah yang dibuat oleh pembangkang termasuk Tun Dr Mahathir sendiri yang beliau anggap sebagai mentornya satu ketika dahulu.

Disaat pelbagai isu dan cabaran yang kadangkala dilihat menyerang beliau secara peribadi, Datuk Seri Mohd najib kekal tenang menghadapinya. Bolehkah kita berperwatakan seperti beliau yang sentiasa tampil tenang dan penuh kesabaran? Isteri beliau sendiri pun hairan dengan tahap kesabaran beliau apatah lagi kita sebagai rakyat Malaysia yang menjunjung Kedaulatan Undang-Undang. -Samurai Biru

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana