KES BUNYI HON DI TAMAN AUSTIN PERDANA, POLIS TERIMA 3 LAPORAN SENSITIVITI AGAMA

Polis Johor sehingga hari ini menerima 3 laporan berkaitan kenyataan menyentuh sensitiviti agama dan perkauman susulan kes pergaduhan di hadapan sebuah surau di Taman Austin Perdana di sini, Jumaat lalu.

“Kes ini kini dalam siasatan Bukit Aman. Mereka sedang mengumpul semua laporan dan bukti, oleh itu sesiapa yang didapati membuat kenyataan mengenai isu sensitif ini, kami akan ambil tindakan,” kata Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Dalam kejadian itu, rakaman video berdurasi seminit sepuluh saat menunjukkan sekumpulan jemaah surau dalam keadaan berang merosakkan sebuah kenderaan, menjadi tular di laman sosial, dipercayai berpunca daripada tindakan pemandunya yang membunyikan hon ketika jemaah sedang solat Jumaat.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman berhubung kes berkenaan.
Katanya, segala laporan mengenai kenyataan berkaitan isu berkenaan akan diserahkan kepada Unit Siasatan Khas Bukit Aman.

Nur Jazlan memberitahu, polis akan mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan melampau selepas semua bukti dikumpul.
“Mereka boleh mendakwa bahawa laman sosial mereka digodam oleh pihak lain tetapi kami tetap akan siasat sama ada kenyataan tersebut memang digodam atau datang daripada mereka sendiri.”

Kata beliau, pihak polis juga banyak kali memberi amaran tetapi sering kali amaran tersebut dianggap remeh dan dicemuh.“Walaupun masyarakat hari ini mendabik dada kononnya laman sosial membuat mereka menjadi lebih bijak tetapi apabila laman sosial itu disalah guna, tindakan tetap akan diambil.

“Oleh itu, saya nasihatkan dengarlah arahan dan amaran polis,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Persatuan Pesara Polis Negeri Johor Darul Takzim kali ke-56 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor Bahru di sini hari ini.
Menurutnya lagi, tindakan pantas pihak polis juga berjaya mengekang kejadian tersebut daripada diperbesar-besarkan oleh parti-parti politik.
“Tugas polis untuk mengawal ketenteraman awam ini bukan mudah dan memerlukan pengalaman kerana kalau isu itu dibiarkan dan tidak ditangani secepat mungkin, ia boleh ‘meletup’ dan apabila itu berlaku, akan menjadi sukar untuk mengembalikan ketenteraman awam.

“Tindakan pantas polis Johor mengawal keadaan harus dipuji, kerana kalau lambat kita risau ada ahli politik yang masuk campur dan mengapi-apikan keadaan sehingga menjadi isu perkauman dan keagamaan,” jelasnya.

Beliau berkata kejadian tersebut sepatutnya boleh diselesaikan secara damai antara kedua-dua belah pihak dan tidak seharusnya mengheret campur tangan pihak polis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana