Kertas kerja Paya Indah Wetlands belum bentang, Azmin perlu jawab

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali perlu menjelaskan bagaimana kerajaan negeri boleh membenarkan pemaju memulakan pembangunan bandar baru bernilai RM30 bilion di kawasan Paya Indah Wetlands, Kuala Langat.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan, dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata kertas kerja projek itu belumpun dibentangkan untuk kelulusan Majlis Pembangunan Fizikal Negara.

“Bagaimana kerajaan negeri Selangor boleh memulakan kerja-kerja di kawasan Wetlands ni sedangkan kertas kerja untuk mendapat kelulusan daripada Majlis Pembangunan Fizikal Negara masih belum dibentangkan.

“Dalam mesyuarat yang lepas, dua minggu lepas, Selangor diwakili oleh YB Iskandar, dalam mesyuarat tersebut, kertas kerja untuk dibincangkan mengenai pembangunan di Wetlands ini ataupun kertas kerja pembangunan Tanjung 12 tidak dibawa dalam mesyuarat.

"Ia kerana terdapat 135 komen daripada berbagai-bagai agensi ertinya kalau projek itu diteruskan, ianya akan memberikan kesan buruk kepada kepada ekosistem, alam sekitar dan penduduk setempat," ujar Noh dalam sidang medianya selepas merasmikan sambutan Hari Belia Selangor di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan, Petaling Jaya semalam.

Noh berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos bahawa kerajaan Selangor meluluskan pembinaan bandar baru di kawasan tanah paya itu.

“Itu lah saya terkejut, mesyuarat Majlis Pembangunan Fizikal Negara tak bincang pun kertas kerja ini. Kita pulangkan balik kepada kerajaan negeri supaya mereka buat mitigasi mengurangkan komen ini.

“Sebab itu Menteri Besar kena jawab mengapa projek di Tanjung 12 ini telah dimulakan sedangkan Majlis Pembangunan Fizikal Negara belum pun membincangkan kertas kerja ini," ujarnya lagi.

Terdahulu, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendedahkan Azmin sebagai meluluskan pengezonan semula sebuah lot tanah daripada pertanian kepada pembangunan di kawasan paya itu.

Walhal tiga Menteri Besar Selangor sebelum ini menolak permohonan untuk mengubah zon lot tanah tersebut, berikutan bimbang risiko mendatang akibat pembangunan di atas kawasan paya itu.

Perkara itu sudah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun tiada tidakan susulan diambil setakat ini.  

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana