KERANA PENTINGKAN KEBENDAAN, PAS SANGGUP LANGGAR PRINSIP – KU LI

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menempelak exco Pas yang masih lagi berada dalam kerajaan Selangor setelah parti itu memutuskan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan pakatan PKR.Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, disebabkan kepentingan tertentu, tiga Exco itu masih lagi berada dalam kerajaan itu.

“Kalau dia (Pas) putus hubungan politik, tak ada lagi campuran dengan pihak yang sudah dicerai, tetapi oleh kerana kepentingan kebendaan, tidak kira walaupun keputusan itu dibuat di peringkat tertinggi sekalipun, mereka sanggup langgar kerana kepentingan kebendaan tadi.“Mereka hendak kekal sebagai Exco dan sebagainya dan barangkali membantu pihak yang menubuh kerajaan. Kalau mereka ini keluar dari kerajaan Exco campuran di Selangor, kerajaan itu akan jatuh.

“Jadi jika hendak menjamin supaya Kerajaan tidak jatuh walaupun sudah ada keputusan yang dibuat oleh peringkat tertinggi parti sekalipun mereka sanggup langgar juga. Jadi apa makna dia keputusan tersebut?” katanya kepada media di sini hari ini.Majlis Syura Ulama Pas pada Khamis sebulat suara mengambil keputusan menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR serta-merta.

Keputusan itu dibuat sebagai merujuk kepada tindakan PKR melanggar beberapa syarat kerjasama politik antara Pas dan PKR yang terjalin sejak sekian lama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana