KERAJAAN TAK MAHU NASIB PROTON JADI SEPERTI PERWAJA....APA SUDAH JADI PADA PERWAJA?

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mempertahankan kerjasama strategik Proton-Geely sambil menegaskan, kerajaan tidak mahu syarikat kereta nasional itu berhadapan dengan nasib yang dialami Perwaja Steel (Perwaja).

Kata beliau, kerajaan cuba membangunkan industri besi dan keluli menerusi Perwaja tetapi akhirnya syarikat itu ditutup disebabkan masalah pengurusan pada tahun 1990-an.

“Banyak kerajaan tolong tetapi akhirnya Perwaja ditutup. Ramai pekerja Perwaja kena berhenti dan kilang sudah tidak beroperasi.

“Takkan kita hendak buat Proton begitu. Saya hendak tekankan kita tidak mahu nasib akan jadi macam Perwaja,” kata beliau.

Johari menambah, beliau faham yang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sangat kecewa dengan kerjasama Proton dengan syarikat dari China itu, tetapi apa yang penting Geely adalah rakan strategik yang diharap boleh memajukan Proton.

Malah soal beliau, “pasal apa mereka tidak boleh bangga dengan Proton?”

“Bagi saya semua pihak kena sokong kerjasama ini kerana Geely telah menyelamatkan Proton daripada menjadi seperti Perwaja.

“Kalau Proton sudah jadi Perwaja dan berlaku kehilangan pekerjaan, kita lagi susah,” kata beliau dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia disiarkan hari ini.

Rabu lalu, DRB-Hicom mencapai persetujuan untuk menjual 49.9% pegangan dalam Proton kepada pengeluar kereta China, Zhejiang Geely Holding Group termasuk membolehkan Geely memiliki kepentingan 51% dalam pembuat kereta Britain, Lotus.

Dr Mahathir sebelum ini berkata, langkah menjual kepentingan 49.9% dalam Proton Holdings kepada syarikat kereta China menandakan kehilangan ikon negara.

“Kita harus tanya, apa lagi nak dijual?” soal beliau.

“Kita sudah jual Proton kepada orang asing. Ini kereta nasional, dijual kepada orang asing dan tidak lagi ia menjadi kereta nasional, ia kini kereta asing.

“Kita kehilangan satu daripada ikon negara kita,” katanya.

Proton yang ditubuhkan pada 1983 sebagai syarikat otomobil pertama negara dihimpit masalah kewangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini walaupun mendapat sokongan dan bantuan kerajaan.

Pada 2001, Proton menguasai bahagian pasaran sebanyak 53%, tetapi ia merosot kepada 14% tahun lalu, di sebalik populariti kereta import dan aduan mengenai mutu kereta Proton.

Dr Mahathir bagaimanapun mempertahankan kualiti kereta Proton.

Dalam wawancara itu, Johari berkata, jika syarikat Malaysia memiliki 50.1% saham dalam Proton dan akhirnya berjaya di peringkat antarabansga, “apa salahnya?”

Johari seterusnya berkata, “kalau Daihatsu boleh bekerjasama dengan Perodua, kenapa Proton tidak boleh sedangkan syarikat Malaysia memiliki 50.1% saham.”

“Ini adalah amalan biasa dalam perniagaan,” katanya.

Johari juga memberi jaminan nama Proton akan dikekalkan di bawah perjanjian bersama Geely.

“Itu adalah antara yang dipersetujui dalam perjanjian. Lagipun DRB-Hicom ada majoriti saham dan ada kuasa untuk menentukan,” katanya. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana