Kerajaan Dap P. Pinang Hipokrit… Bantah Kenaikan Tariff TNB Tapi Ghairah Naikkan Surcaj Air PBAPP

Pengarah Strategik UMNO Kepala Batas, Azizi Safar berkata, kerajaan Pulau Pinang pimpinan Dap bersikap hipokrasi apabila memberi alasan kononnya cadangan menaikkan surcaj pemuliharaan air Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) adalah langkah terbaik untuk ‘water conservation’ tetapi apabila Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberikan alasan yang sama untuk menaikkan tariff dituduh pula sebagai satu alasan bodoh.

Jelas beliau, kenaikan TNB hanya memberi kesan kepada 30 peratus pengguna yang menggunakan lebih 300 kWj setiap bulan tetapi kenaikan oleh PBAPP dikenakan ke atas semua pengguna domestik yang membawa maksud rakyat (pengguna komersil dan industri tidak kena surcaj pemuliharaan air ini).

“Kenaikan surcaj ini melibatkan 25 peratus daripada 504,400 pengguna air di Pulau Pinang iaitu 126,100 pengguna.

“Bukankah langkah TNB juga ada satu langkah ‘energy conservation’ seperti mana PBAPP juga? Mengurangkan ‘carbon footprints’ akibat pembakaran ‘fossil fuels’ yang tidak boleh diperbaharui?

“Maka jelas bahawa kerajaan Dap Pulau Pinang sebenarnya hanya mengambil kesempatan demi kesempatan untuk kepentingan sendiri,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau, Dap mula mengambil kesempatan terhadap statistik penggunaan air domestik per kapita harian bagi Pulau Pinang yang tinggi untuk memperkenalkan surcaj mulai 1 November 2010

Kemudian jelasnya lagi apabila kadar penggunaan air per kapita tidak juga turun malah ia terus meningkat (ia menunjukkan surcaj gagal mengekang peningkatan penggunaan air atau menurunkan jumlah tersebut), sekali lagi kerajaan negeri mengambil kesempatan untuk sekali lagi menaikkan kadar surcaj 100 peratus pada 1 September 2013 dari 24 sen ke 48 sen bagi setiap 1000 liter melebihi 35,000 liter penggunaan setiap rumah sebulan.

“Terkini, Kerajaan Negeri bercadang menaikkan lagi kadar surcaj kepada 100 sen bagi setiap 1000 liter melebihi 35,000 liter penggunaan sebulan.

“Untuk makluman rakyat, surcaj adalah pendapatan tambahan kepada PBAPP dan Kerajaan Negeri. Ia boleh menampung kos operasi (OPEX) tahunan PBAPP yang meningkat setelah Kerajaan Negeri menandatangani perjanjian migrasi aset air dengan Kerajaan Persekutuan, di mana PBAPP perlu ‘membayar balik pinjaman Kerajaan Negeri’ melalui bayaran pajakan aset air kepada PAAB berjumlah RM 14.56 juta setahun.

“Selain pembayaran pajakan aset air, sejak Jun 2011 juga PBAPP perlu membayar kepada Kerajaan Pulau Pinang kos air mentah yang dipam dari Sungai Muda. Sebelum 2011, PBAPP tidak perlu membayar apa-apa untuk air mentah dari Sungai Muda. Purata bayaran setahun yang perlu dilakukan oleh PBAPP adalah RM 15 juta,” terangnya lagi.

Menurut Azizi seterusnya, wang terkumpul oleh PBAPP dari kutipan surcaj tidak boleh menjamin bekalan air mentah di Sungai Muda akan mencukupi untuk kegunaan rakyat Pulau Pinang di masa hadapan.

Beliau turut menjelaskan, air hujan yang turun di bahagian pulau negeri itu adalah lebih tinggi kadarnya berbanding dengan masa dulu menyebabkan Kerajaan Negeri perlu membina saluran (Bajet 2017: anggaran kos RM 50 juta oleh PBAPP) untuk menyalirkan lebihan air di Empangan Air Itam ke Empangan Teluk Bahang. Kawasan tadahan air pula semakin mengecil kerana kawasan tadahan semulajadi air hujan kini diteroka dan dibangunkan.

“Semua ini telah menyebabkan kos operasi PBAPP terus meningkat dan ia memerlukan pendapatan baru untuk tampung peningkatan kos operasi.

“Jadi siapa lagi yang perlu bayar jika bukan rakyat Pulau Pinang yang menjadi pengguna air,” ulasnya.

Untuk rekod, PBA Holdings Berhad yang dikuasai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan pegangan saham majoriti 55 peratus. Setiap tahun PBA Holdings Berhad untung puluhan juta.

PBA Holdings Berhad adalah pemegang saham tunggal dalam PBAPP, syarikat operator membekalkan air bersih di Pulau Pinang.

Revenue PBA Holdings Berhad (2011-2015):
2011: RM236 juta
2012: RM244 juta
2013: RM251 juta
2014: RM261 juta
2015: RM300 juta

Keuntungan bersih PBA Holdings (2011-2015):
2011: RM45 juta
2012: RM29 juta
2013: RM27 juta
2014: RM24 juta
2015: RM38 juta

Revenue PBAHB ratusan juta ringgit dan keuntungan puluhan juta ringgit. – MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana