Kerajaan campuran di Selangor... - PAS

PAS membentangkan model baru kerjasama politik di Malaysia dengan mendakwa kini kerajaan Selangor berubah daripada kerajaan pakatan iaitu parti-parti yang membentuk gabungan politik menubuhkan kerajaan kepada kerajaan campuran iaitu kerjasama parti yang bukan dalam satu gabungan politik menubuhkan kerajaan.

Perkara tersebut dijelas pengarah 'think tank' PAS yang juga AJK PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Berdasarkan senario tersebut PAS tidak perlu keluar daripada kerajaan negeri Selangor walaupun sudah memutuskan hubungan politik dengan DAP dan PKR.

Berikutan itu, bekas pensyarah kanan sains politik Universiti Malaya itu berkata, tiga Exco PAS di Selangor tidak perlu melepaskan jawatan masing-masing walaupun berlaku perubahan status kerajaan negeri daripada kerajaan diterajui pakatan kepada kerajaan campuran.

Menurutnya, tindakan PAS meninggalkan kerajaan negeri bakal meletakkan kedudukan kerajaan Selangor dalam keadaan sangat rapuh dan berisiko dengan majoriti tipis iaitu 29 kerusi milik Pakatan Harapan, manakala 27 kerusi pembangkang.

Beliau yang merupakan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berkata demi mewujudkan kestabilan politik di Selangor serta memastikan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) beragama Islam berada dalam kerajaan, model kerajaan campuran boleh diteroka sehinggalah pembubaran DUN setahun akan datang.

"Ketika ini, Kerajaan Selangor adalah sebuah kerajaan bermodelkan kerajaan campuran iaitu parti yang tiada dalam satu gabungan membentuk kerajaan bersama demi kepentingan rakyat.

"Konsep ini pernah disuarakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila kepemimpinan negara menemui jalan buntu ekoran desakan kuat daripada Tun Mahathir Mohamad supaya Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan selepas PRU 2008," katanya yang dipetik BH pada Khamis.

Mohd Zuhdi berkata, disebabkan PAS melihat reformasi politik dibawa Abdullah begitu baik, maka PAS mencadangkan supaya dibentuk kerajaan campuran membabitkan parti kerajaan dan pembangkang ketika itu.

Sebelum ini, beberapa pihak mendesak Exco PAS di Selangor melepaskan jawatan berikutan muktamar minggu lalu meluluskan usul memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.
Desakan itu turut disuarakan Ahli Parlimen Pokok Sena daripada PAS, Datuk Mahfuz Omar yang menyindir tiga EXCO berkenaan sebagai 'kebuloq' jawatan.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) merangkumi PKR, DAP dan PAS di Selangor goyah setelah perwakilan parti pimpinan Datuk Seri Abd Hadi Awang melulus tanpa bahas memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR pada Muktamar PAS ke 63 yang baru lalu.

Majlis Syura PAS dijangka akan membuat keputusan muktamad mengenainya pada bulan ini.

PAS mempunyai tiga exco dalam kerajaan negeri pimpinan Selangor dan puluhan wakil sebagai ahli majlis pihak berkuasa tempatan serta syarikat kaitan kerajaan (GLC) Selangor.

Barisan Nasional (BN) yang mempunyai 12 kerusi DUN yang dimenangi UMNO adalah pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Selangor namun akan mempunyai kelebihan jika PAS turut menyertainya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana