KENAPA SUDAH JATUK TALAK TAPI DUDUK SEKATIL?, TANYA GUAN ENG

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan tiga Exco Pas dalam Kerajaan PKR Selangor perlu meletakkan jawatan selepas parti itu membuat keputusan menamatkan kerjasama dengan PKR.

Menurut beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang secara prinsipnya keputusan itu perlu diambil sekiranya tiga Exco berkenaan masih mempunyai maruah.

Tiga Exco tersebut ialah Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr. Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Dalam masa sama, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menyifatkan adalah sesuatu yang tidak betul untuk tiga Exco berkenaan terus berada dalam pentadbiran Kerajaan PKR Selangor selepas keputusan Majlis Syura Ulama Pas tersebut.

Malah, beliau turut menyifatkan Pas sebagai sebuah parti `sesat’ kerana mahu terus berada dalam Kerajaan PKR Selangor tetapi dalam masa memutuskan hubungan dengan PKR.

“Macam mana Pas mahu terus bersama dalam kerajaan negeri Selangor sedangkan Pas sudah putus hubungan dengan PKR.

“Ini seperti sudah jatuh talak, sudah bercerai, tetapi masih duduk sekatil, apakah dosanya itu?” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijangka memecat tiga Exco Pas dalam Kerajaan Negeri Selangor dalam masa terdekat selepas Pas membuat keputusan memutuskan kerjasama politik dengan parti itu.

Tindakan itu dikatakan terpaksa diambil berikutan tekanan daripada parti sekutu dalam Pakatan Harapan dan jawatan berkenaan akan diserahkan sama ada kepada wakil PKR, PAN atau DAP.

Malah, Mohamed Azmin semalam juga sudah bertemu dengan ketiga-tiga Exco Pas berkenaan semalam bagi mendengar penjelasan mereka berhubung kemelut tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana