KEMULIAAN MAHATHIR SEMAKIN HILANG, HADI AWANG SEMAKIN BERTAMBAH

Matlamat utama pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak sememangnya tidak dapat disembunyikan lagi. Mereka sanggup melakukan apa saja termasuklah melemparkan dakwaan yang tidak masuk akal dan tidak benar.

Ini dapat dilihat apabila pembangkang sanggup memburuk-burukkan negara sendiri diluar negara asal sahaja nafsu politik mereka dapat dilampias.

Terdahulu, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusoff pernah mendedahkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memburuk-burukkan Malaysia dalam dialog tertutup di Singapura dengan mempertikaikan keupayaan pemimpin kerajaan Malaysia menguruskan ekonomi.

Malah pemimpin parti rasis itu mendakwa kononnya kerajaan Malaysia tidak pernah memberi walau satu sen kepada Pulau Pinang untuk membangunkan negeri itu.

Terbaru, bekas perdana menteri yang kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad pula memburuk-burukkan Malaysia semasa berucap berucap di The Third Duqm Society and Economy Forum di Oman pada 9hb Mei 2017.

Mahathir yang terkenal dengan gelaran ‘raja u-turn’ itu mendakwa bahawa Malaysia bukan destinasi pelancongan yang menarik.

Apa yang dilakukan oleh mereka hanyalah untuk merealisasikan impian pembangkang untuk melihat ekonomi negara benar-benar tenat dan muflis.

Namun tindakan mereka biadap dan keji ini secara tidak langsung hanya membuka ruang dan peluang kepada orang luar menyerang ekonomi dan politik negara.

Dek kerana itu UMNO memuji PAS kerana menunjukkan politik matang dengan mengetepikan perbezaan fahaman serta saling bekerjasama demi kemaslahatan rakyat.

“Sebaliknya, memetik kenyataan Tuan Guru Datuk Seri Haji Hadi Awang, saya memetik ucapan beliau, kerjasama antara parti PAS dan UMNO kini adalah satu amalan politik yang sungguh matang, kerana politik antara PAS dan UMNO kita tidak berkelahi. Sebaliknya kita berpolitik untuk kepentingan bersama.

“Haji Hadi juga turut menyatakan dalam politik kita boleh berbeza pendapat, tetapi dalam isu-isu yang melibatkan penetingan rakyat dan negara kita mesti bersatu serta bersama.

“Secara kebetulan, saya dapat tahu bahawa hari ini Majlis Syura Ulama telah membatalkan tahaluf siyasi antara PAS dan parti PKR,” kata Persiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang bersetuju dengan pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendahulukan kepentingan rakyat dan mengetepikan perbezaan politik.

Manakala Abdul Hadi ketika ditemui pemberita tatkala hadir pada pelancaran program tukun tiruan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Marang, 4 Mei lalu, mengakui kehadirannya pada majlis itu adalah permulaan kepada politik matang antara PAS dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Terima kasih kerana beri peluang untuk saya sama-sama menyertai program ini yang sangat bermakna untuk semua, untuk orang politik, dapat kembali semula kepada politik matang.

“Kerjasama hari ini (PAS dan UMNO) adalah politik matang, politik yang tidak berkelahi, politik kepentingan bersama. Politik boleh berbeza pendapat tapi untuk apa sahaja isu kepentingan rakyat, kita mesti bersama,” kata Abdul Hadi.

Sehubungan itu, Perdana Menteri turut menyifatkan wujud persamaan antara kedua-dua parti itu apabila PAS menganggap DAP sebagai musuh kepada Islam, manakala UMNO pula menganggap DAP adalah musuh kepada orang Melayu.

Dalam ucapannya pada perhimpunan ulang tahun UMNO ke-71 di Stadium Bukit Jalil malam tadi, Najib turut menempelak bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana sanggup bersekongkol dengan pembangkang, khususnya DAP untuk memerangi dan menjatuhkan kepimpinan UMNO serta BN.

“Namun sayang 1,000 kali sayang, telah lebih 70 tahun UMNO ditubuhkan dalam memperjuangkan untung nasib orang Melayu dan rakyat Malaysia, setelah 60 tahun kita meraih kemerdekaan dan dengan segala susah payah kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional membina dan membawa kemajuan kepada negara ini, sungguh tidak disangka dan tidak pernah diduga.

“Ada satu dua bekas pimpinan negara, termasuk seorang negarawan yang pernah kita sanjung, tergamak dan sanggup bersubahat, berbuat khianat terhadap parti kita, sanggup menjatuhkan kepimpinan kita, sanggup memerangi UMNO dan Barisan Nasional.

“Yang menyedihkan beliau sanggup menjilat ludah berdamping dan mencium mulut dengan musuh, memerangi parti UMNO yang pernah dipimpin beliau selama berpuluh tahun, kerana agenda peribadi. Kita tak lupa saudara saudari sekelian siapa yang mengajar kita selama ini bahawa DAP itu parti perkauman.

“Kalau bukan dia, siapa lagi. Siapa yang membimbing kita selama puluhan tahun menanam kebencian terhadap parti DAP sebagai parti cauvinis dan rasis yang membenci Melayu dan Islam,” kata Najib tanpa menamakan Mahathir secara langsung.

Selepas keluar parti kerana kepentingan peribadinya tidak dipenuhi, Mahathir menjadi pengkritik utama kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri yang disifatkan beliau sebagai pencuri, berikutan skandal kehilangan berbilion-bilion ringgit wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selain kes RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib.

Berusaha untuk menghasut rakyat membenci pemimpin negara itu, Mahathir sebelum ini mendakwa rakyat berasa malu apabila Malaysia sekarang ini diketahui di seluruh dunia, diperintah oleh pencuri dan penyamun.

“Pencuri, penyangak, penyamun, perompak. Orang ini yang memerintah negara kita sekarang. Dan kita berasa malu.

“Dia tak berasa malu, tapi kita berasa malu. Kalau kita nak tebus perasaan malu itu, kita kena singkirkan Datuk Seri Najib (Razak),” kata Mahathir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana