KEMBAR ‘SEIRAS’ MAHFUZ SUDAH DITEMUI DI PULAU PINANG?

Ramai sedia maklum dengan perangai Wakil pembangkang di Pokok Sena yang sehingga kini masih belum diketahui ‘jantinanya’ sama ada masih walak pada PAS ataupun sudah beralih kepada PAN.

Ini kerana jika didengar melalui percakapan beliau didalam politik, seringkali juga parti anutannya iaitu PAS diserang dari pelbagai sudut. Tapi jika ditanya tentang status kepartiannya, beliau mendakwa tetap sayangkan PAS walaupun ramai yang nampak dia hanya sayangkan jawatan hasil pemberian PAS sahaja.

Kini muncul pula kembar kepada wakil pembangkang di Pokok Sena tersebut di Pulau Pinang. Seakan senada dan juga seirama, Adun PAS dari Permatang Pasir itu ‘menyanyikan lagu’ puji-pujian kepada Ketua Menteri DAP semasa persidangan DUN semalam.

Walaupun pimpinan Pas Pusat telah meruntuhkan hubungan dengan pembangkang sebelum mereka berbaik dengan Umno, wakil tunggal Pas di negeri itu sangat selesa berdampingan dengan rakan-rakan Pakatannya.

Melalui ucapan perbahasan beliau, Datuk Mohd Salleh Man telah membuktikan bahawa kepimpinan kerajaan negeri di bawah DAP kini adalah lebih berjaya apabila memuji pelaburan asing yang telah dibawa masuk ke negeri ini.

“Yang lebih membanggakan ialah kerajaan negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berada ditangga ketiga dalam jumlah pelaburan asing langsung (FDI) dalam negara ini.

“Jumlah FDI sejak tahun 2008 sehinggalah 2016 bernilai RM41.55 bilion mengatasi 11 negeri lain dalam Malaysia.

“Syabas diucapkan serta tahniah atas insiatif dan usaha keras dalam menarik pelabur khususnya FDI ” katanya.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang itu turut menjadi tumpuan pembangkang apabila didesak bertubi-tubi oleh Adun Umno untuk menyatakan pendiriannya.

Ketua Pembangkang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Abdul Hamid juga mendesak Mohd Salleh untuk menyatakan pendirian beliau sama ada masih menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang yang didukung oleh Pakatan Harapan ataupun sebagai adun bebas serta berada bersama-sama blok pembangkang.

Tidak setakat itu, beliau juga dilontarkan pertanyaan sama oleh Adun Pulau Betong, Datuk Mohamad Farid Saad supaya menyatakan pendirian ketika Pas sedang bekerjasama dengan Umno ketika ini.

Nampaknya kini wakil dari Pokok Sena tidak lagi bersendirian bermain politik ‘makan dua kolam’ sementara menunggu pilihanraya umum menjelang. Beliau bolehlah ber’tag team’ dengan wakil Pasir berdengung di Pulau Pinang itu untuk mencari rezeki lebih buat keluarga.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana