KELUAR RAMAI-RAMAI, KONSPIRASI MAHATHIR JATUHKAN MUHYIDDIN?

LINGKUPNYA Bersatu di Perak berikutan tindakan keluar beramai-ramai ahli parti negeri itu, dari satu segi  membuktikan apa yang selama ini kita cakap bahawa Bersatu ini parti yang tiada hala bermatlamatkan rakyat melain untuk melaksanakan kesumat Mahathir terhadap Datuk Sri Najib Tun Razak.

Keenganan Najib menjadi boneka Mahathir adalah punca sebenar kenapa Bersatu ditubuhkan, bukan pasal rakyat sama sekali.

Sebelum di Perak hari ini, Bersatu di beberapa tempat yang lain juga sudah mengalami masalah, malah seorang dari 7 pengasasnya sendiri pun hilang kepercayaan, membawa bersamanya lebih 800 orang meninggalkan Parti Penuh BerMasalah itu.

Begitupun agak ironi kerana, hampir semua yang keluar ini menunjuk kepada Muhyiddin sebagai punca, Mahathir dan Mukhriz langsung tak tersentuh seolah-olahnya kedua ini hanya ahli biasa tanpa jawatan dalam parti yang tak sampai setahun usianya tu, padahal kita tahu parti itu diuruskan oleh Mahathir, bukan Muhyiddin!!  Meninggalkan persoalan di hati penulis, adakah ini satu konspirasi untuk membolehkan Mukhriz naik ke tempat tertinggi tanpa perlu bersusah payah?

Muhyiddin sebelum ini turut dipersalahkan atas kegagalan menjalinkan kerjasama dengan PAS, walhal semua orang tahu PAS tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang ada hubungkait dengan parti serpihannya, PAN.  Seolah-olah Muhyiddin sengaja ‘digagalkan’ dengan tugas tak masuk akal itu.

Walaupun Mahathir pernah keluarkan kenyataan menyifatkan orang yang sokong di, dalam masa yang sama lawan Muhyiddin ini sebagai ‘ejen Najib’, tapi bila dilihat dari sejarah, modus operandi yang macam ini bukan baru bila bercakap tentang Mahathir.  Jika semua masih ingat, beberapa hari sebelum Anwar dipecat pun, Mahathir pernah keluar kenyataan nafi perkara itu akan berlaku.

Lagipun kaki U-turn macam Mahathir, apa yang boleh dipakai sangat pada cakapnya?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana