KEKALAHAN NASRUDIN : KENYATAAN SUHAIZAN BUKTI PAN GILA TALAK

KALAU ditanya siapa dikalangan pemimpin PAS hari ini yang paling dibenci DAP dan sekutunya. jawapan sudah pastilah Hadi Awang. Malah dikatakan DAP menjadi penaja kepada kumpulan diketuai Mat Sabu yang hari ini membentuk serpihan PAS, PAN untuk menewaskan Hadi Awang 2 tahun lepas. Bila itu gagal, macam-macam cara digunakan DAP untuk merendahkan Hadi Awang.

Penulis tak pasti sejak bila Nasrudin menjadi sasaran DAP. Jawatan Nasrudin sebelum kalah pemilihan Naib Presiden inipun adalah Ketua Penerangan, satu jawatan lantikan. Kecik benar tu sehingga nak dijadikan sasaran oleh DAP sebab kita tahu DAP tak akan buang masa dengan benda yang tak memberi impak besar kepada dia.

Jadi entah logik akal mana Suhaizan Kayat ini pakai kononnya kekalahan Nasrudin bukti ahli PAS sokong DAP dan Pakatan Harapan? Kalau betul ahli PAS sokong DAP dan Pakatan Harapan, yang bakal kena cabar ialah Hadi, itu baru petunjuk yang betul, itupun kalau ada pertandingan dan Hadi kalah.

Masalahnya, perrtandingan pun tak ada, macam mana pulak Suhaizan kata ahli PAS sokong DAP dan Pakatan Harapan bila Nasrudin kalah?

Apa pula komen Suhaizan bila Muktamar PAS sebulat suara memutuskan bahawa PAS menamatkan kerjasama dengan PKR termasuk semua rundingan dengan Bersatu – dua parti komponen dalam Pakatan Harapan? Kalau diputuskan kerjasama dengan PKR kekal, itu mungkinlah kemungkinan tu ada di sana sini.. Sekarang, dengan PKR pun putus, DAP apatah lagi, siapa bodoh akan percaya bahawa ahli PAS mahu parti itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan apabila Nasrudin kalah?

Apakah ertinya ini kepada rakyat? Ini maksudnya bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan sedang cuba mengalih isu dari begitu banya masalah yang berlaku dalam Pakatan sejak kemasukan Mahathir. Masalah Mahathir dan partinya Bersatu yang bukan sahaja ditolak rakyat malah pengasas parti tiu sendiri, memberi kesan yang begitu besar kepada Pakatan sekarang dan dalam masa yang sama, menunjukkan kegagalan PAN memainkan peranan melawan UMNO/BN.

Itu yang banyak keluar kenyataan merapu tu,

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana