Kedaulatan Malaysia: Idris Haron 'tibai' Mahathir...Madey Makin Merapu Tindakannya

Kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad kononnya orang Melayu perlu takut Perdana Menteri yang pro-China, berbanding DAP dianggap sebagai dangkal.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Idris Haron, berkata ini kerana kenyataan itu tidak lebih daripada perasaan cemburu dan iri hati bekas Perdana Menteri itu kerana China sebagai sebuah negara yang mempunyai kuasa ekonomi terbesar dunia mampu bekerjasama dengan Malaysia yang pada ketika ini dipimpin Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Mahathir terlupa ketika mentadbir dulu beliau memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur dengan tumpuan terarah kepada negara Jepun dan Korea Selatan sehingga menerima pelbagai kecaman daripada pelbagai pihak.

"Hari ini, apabila Najib membawa semangat untuk bernaung dan berhubung dengan sebuah negara yang mempunyai kuasa besar ekonomi dunia, ia sesuatu yang sangat dicemburui oleh banyak pihak.

"Dari segi kedaulatan negara pula, saya lihat ia sedikit pun tidak akan terjejas, sebaliknya nama baik serta imej Malaysia akan dilihat buruk jika seseorang mencerca dan mencaci negaranya sendiri di luar negara," katanya.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO kerajaan negeri di Seri Negeri.

Mahathir menerusi sebuah portal berita dilaporkan berkata, orang Melayu dan UMNO mempunyai lebih banyak sebab untuk takut terhadap pergantungan Najib ke atas China, berbanding DAP kerana mendakwa kemungkinan kemudahan baharu di pelabuhan Kuantan, Pahang dan Melaka akan digunakan oleh tentera laut republik itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana