KDN panggil Ketua Pengarang akhbar bahasa Inggeris

KUALA NERUS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memanggil Ketua Pengarang sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang didakwa tidak sensitif kepada umat Islam di negara ini. Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim, berkata pihaknya amat kecewa terhadap tindakan akhbar terbabit yang memaparkan gambar umat Islam sedang menunaikan solat Tarawih pada malam pertama Ramadan sambil tajuk muka depannya 'Malaysian terrorist leader'.

Katanya, KDN akan memanggil Ketua Pengarang akhbar terbabit bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan mereka yang disifatkannya sebagai tidak sensitif terhadap umat Islam di negara ini. "Esok kita akan panggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan untuk mendengar penjelasan mereka berhubung penyiaran gambar dan tajuk di muka depannya hari ini. "Jika KDN tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan, tindakan selanjutnya akan diambil termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab," katanya ditemui pada Program Penerapan Nilai-Nai Murni Timbalan Perdana Menteri bersama warga KDN, di sini, hari ini.

Alwi berkata, tindakan akhbar terbabit sangat mengecewakan lebih-lebih lagi KDN sudah memanggil pengurusan syarikat akhbar terbabit pada 23 Mei untuk memberikan garis panduan mengenai penerbitan yang sepatutnya dikeluarkan. "Bagaimanapun, apa yang mereka keluarkan hari ini adalah sangat mendukacitakan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana