KAMARULAZMAN DAKWA MUHYIDDIN PEMIMPIN YANG GAGAL

Seorang demi seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertindak keluar parti sudah cukup untuk membuktikan betapa Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pemimpin yang gagal.

Bekas pengasas PPBM, Kamarulazman Habibur Rahman berkata keputusan meninggalkan parti adalah signal bahawa pemimpin dan ahli akar umbi sudah penat dengan kepimpinan Muhyiddin yang dibayangi orang-orang kanannya.

“Dari sudut kepimpinan kita nampak bahawa tidak ada satu garis panduan perbezaan antara Presiden dan Pengerusi. Kita lihat apabila sesuatu mesyuarat dijalankan, jika pengerusi ada, beliau bertindak jauh lebih berperanan berbanding Presiden.

“Sebagai presiden, beliau sepatutnya memimpin parti sebaik mungkin. Namun masalah pada beliau adalah terlalu percaya orang di sekelilingnya, yang sebenarnya tidak mempunyai wibawa dan beri nasihat mengikut kehendak mereka sahaja,” katanya kepada Antarapos, hari ini.

Setiausaha PPBM, Datuk Shahruddin Md Salleh, dakwa Kamarulazman sebagai individu yang paling kerap mencampuri urusan dalaman parti, dan adakalanya melampaui peranan Muhyiddin selaku Presiden parti.

“Saya (pernah) mencalonkan beberapa orang sebagai ketua bahagian di Negeri Sembilan. Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Timbalan Presiden PPBM) cuba campur tangan untuk meletakkan orang-orangnya. Maka saya berpendapat lebih baik saya mengambil jalan tengah dengan memilih empat orang yang saya pilih, dan empat lagi orang dipilihnya. Namun apabila saya berjumpa Muhyiddin, beliau meminta saya pilih enam calon dan beri mereka (Mukhriz) dua (calon).

“Apabila saya berbincang dengan Setiausaha Agung (Shahruddin) apa yang disarankan oleh Muhyiddin yang mahu saya senaraikan enam nama dari saya, namun Shahruddin yang juga orang kanan Muhyiddin, beritahu saya tidak boleh. Dia mahu menyenaraikan orang-orangnya pula,” kata Shahruddin.

Tindakan Shahruddin itu menimbulkan persoalan dan keraguan di kalangan ahli-ahli parti, sekaligus merendahkan kemampuan Muhyiddin.

Kamarulazman menambah, keadaan menjadi lebih buruk apabila wujudnya persaingan di antara Muhyiddin dan Mukhriz.

“Muhyiddin tidak boleh kawal orang-orangnya, boleh buat sesuka hati. Mukhriz pula hendak orang-orangnya menerajui kepimpinan setiap negeri. Mungkin apa yang berlaku adalah Mukhriz hendak meletakkan orang-orangnya supaya dalam pemilihan parti nanti boleh jadi presiden atau kekalkan jawatannya.

“Jika hendak menang pun secara ‘gentleman’. Belum apa sudah letak orang-orangnya supaya dapat menang dengan mudah. Pilih orang pula yang berkaliber, sebaliknya mereka yang menimbulkan banyak masalah kepada parti,” tempelak Kamarulazman lagi.

Semalam Exco Srikandi PPBM, Zulaiha Sidek mengambil keputusan meletakkan jawatan kerana mendakwa sudah muak dengan kemelut dalaman yang melanda parti.

Turut mengumumkan peletakan jawatan ialah Ketua Srikandi Penaja PPBM Bahagian Gopeng, Aflatuniah Md. Norani.

Beberapa hari lalu wujud desakan terhadap Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai presiden selepas berlakunya kepincangan dalaman parti.

Muhyiddin didakwa tidak ikhlas terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, malah mengambil kesempatan atas populariti Pengerusi PPBM itu dalam usahanya mencatur parti. -AP

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana