Kamaruddin sudah jangka ahli PPBM Perak akan keluar parti

Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Mohd Noor mendakwa beliau sudah menjangkakan lebih ramai ahli akar umbi di Perak akan keluar parti.

Kamaruddin berkata beliau tidak terkejut malah menyifatkan mereka sebagai 'saki baki' ahli Umno yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan bagi jawatan Pengerusi Perhubungan di negeri itu.

“Ini memang kita jangkakan, dah lama dah dalam beberapa bulan lepas sejak berlaku pengumuman Pengerusi Perhubungan Negeri Perak dibuat dan benda ini pun timbul, itu sahaja.

“Memang nak cari alasan, sebenarnya mereka tak berpuas hati dengan keputusan memilih seorang lain untuk jadi Pengerusi (Perhubungan Negeri Perak), jadi ini perebutan jawatan, ini warisan daripada budaya Umno, saki-baki masih ada,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Semalam, lebih 1,000 ahli termasuk 50 pemimpin peringkat negeri dan bahagian PPBM Perak mengumumkan peletakan jawatan dan keluar parti berkuat kuasa serta merta.

Antara yang bertindak demikian termasuk Ketua Bahagian PPBM Ipoh Timur, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar dan Ketua Bahagian PPBM Teluk Intan, Jemaat Yaacob serta lapan bahagian lain.

Tindakan itu dikatakan dibuat kerana sudah muak dengan kemelut yang ditimbulkan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ujar mereka.

Kamaruddin kemudiannya mempertahankan Muhyiddin dan menafikan bekas Timbalan Presiden Umno itu sebagai mengamalkan ‘kronisme’.

“Itu tidak betul, tidak ada kronisme dan segalanya, kronisme macam mana?, semua orang yang jadi ahli PPBM ini ialah orang yang bernaung di bawah Tun Dr. Mahathir semuanya," ujarnya lagi.
 
“Dia (Muhyiddin) rileks sahaja, benda ini menjadi asam garam bagi dia, orang veteran dalam politik, tidak ada pemimpin-pemimpin politik yang boleh membuat keputusan yang boleh menyenangkan semua orang," ujarnya lagi.

PPBM kini dilatari konflik dalaman yang menyaksikan beberapa pemimpin parti itu bertindak keluar parti dan meletakkan jawatan.

Bulan lalu, salah seorang pengasasnya, Kamarulazman Habibur Rahman bertindak keluar parti kerana mendakwa kecewa dengan hala tuju parti yang terpesong, selain amalan 'kasta' dalam parti itu.

Terbaru, pada Selasa lalu, Exco Srikandi PPBM, Zulaiha Sidek mengambil keputusan meletakkan jawatan kerana mendakwa sudah muak dengan kemelut dalaman yang melanda parti.

Turut mengumumkan peletakan jawatan ialah Ketua Srikandi Penaja PPBM Bahagian Gopeng, Aflatuniah Md. Norani.

Malah baru-baru ini wujud pula desakan agar Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai presiden selepas berlakunya kepincangan dalaman parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana