KALAU NAJIB BUAT PRU14 SEKARANG, PKR AKAN JATUH TERTIARAP

Kedudukan PKR semakin lemah dan berkemungkinan besar hilang pengaruhnya terutama di Selangor selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.


Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mendakwa, ia disebabkan berikutan keputusan Pas memutuskan tahaluf siyasi dengan parti itu seperti dipersetujui sebulat suara dalam Muktamar Tahunan Pas ke-63 yang berlangsung di Kedah.


“Ketiadaan hubungan dan kerjasama politik membabitkan Pas dan PKR sekali gus menyukarkan parti pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk mengekalkan kedudukannya pada PRU akan datang.


“Apa yang pasti, saya meramalkan PKR akan bungkus terutama di Selangor dan kita bakal menyaksikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa di negeri berkenaan,” tegasnya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.


Syed Ali menjelaskan, terputusanya tahaluf siyasi dengan PKR juga memberi gambaran jelas kepada umum bahawa Pas telah kembali kepada semangat asal perjuangannya untuk tidak bersekongkol dengan mana-mana parti yang menjalin kerjasama dengan DAP.


“Saya nampak Pas seperti sudah kembali kepada semangat asal mereka, tetapi apa juga kemungkinan boleh berlaku,” katanya.


Bagaimanapun beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan berkata, Pas sepatutnya sudah lama memutuskan hubungan dengan regu DAP.


“Sudah lama Pas jadi keldai politik DAP, sepatutnya mereka sudah lama sedar untuk tidak terus bersekongkol dengan parti itu,” tegasnya.


Berikutan perkembangan tersebut, beliau percaya Selangor akan jatuh kepada UMNO di samping rakyat semakin mual dengan kerenah politik Datuk Seri Azmin Ali selaku Menteri Besar.


Beliau juga membayangkan keyakinan UMNO untuk merampas semula tiga kerusi Parlimen di Wilayah Pesrekutuan yang kini dikuasai PKR, iaitu Lembah Pantai, Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju.


“Berdasarkan penerimaan rakyat menunjukkan PKR sudah hilang sokongan di ketiga-tiga kawasan berkenaan.


“Perjuangan politik PKR bukan untuk kepentingan rakyat sebaliknya hanya mahu memuaskan nafsu politik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan di Sungai Buloh atas pertuduhan meliwat.


“Perjuangan PKR bukan untuk rakyat, apatah lagi untuk kepentingan orang Melayu dan umat Islam, tetapi hanya untuk memuskan nafsu politik, Anwar,” ujarnya.


Dalam perkembangan lain, Syed Ali mengingatkan UMNO supaya tidak leka dengan kemelut politik yang sedang berlaku dalam blok pembangkang.


Walaupun blok pembangkang sedang bercelaru dan ditimpa masalah kayakinan, UMNO harus mendepani kepentingan rakyat bagi memastikan kemenangan lebih cemerlang pada PRU akan datang.


“UMNO perlu lebih aggresif mematikan hujah pihak lawan yang sekarang ini sedang memperhebatkan serangan fitnah dan adu domba terhadap UMNO,” katanya.


Mengenai laporan semakin ramai yang keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), beliau berkata perkembangan tersebut menunjukkan parti serpihan UMNO itu tidak mendapat sokongan rakyat.


“Walaupun PPBM ditunjangi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin, ia tidak bermakna rakyat boleh begitu mudah untuk bersama mereka.


“Apa yang berlaku seperti dilaporkan media bahawa semakin ramai keluar BPPBM sedikit sebanyak memeberi kekuatan kepada UMNO,” tegasnya.


Mengenai kemungkinan berlaku kerjasama politik UMNO dan Pas menjelang PRU ke-14 tidak lama lagi, Syed Ali berkata apa juga boleh berlaku kerana dalam politik semuanya tidak mustahil.


“Hari ini kita kawan, esok kita bermusuh, hari ini kita bermusuh, esok kita berbaik semula, itulah asam garam politik.


“Bagaimanapun, UMNO tetap konsisten dan bertambah yakin bahawa hala tuju perjuangan parti tidak pernah menyimpang daripada agenda rakyat.


“Bagi UMNO, rakyat adalah segala-galanya dan kerana itulah tradisi membela nasib rakyat tetap menjadi keutamaan perjuangan UMNO,” jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana