JOM BACA !!!!! PENGALAMAN BERTEMU ‘EX MALAYSIAN’ DI LUAR NEGARA BUAT AKU RASA SYUKUR TINGGAL DI MALAYSIA

Pernah tak anda rasa terdetik nak berhijrah ke luar negara dan mulakan kehidupan yang baru. Faktor rungutan yang biasa kita dengar antaranya, kos sara hidup tinggi, rasa gaji tak cukup, masalah politik yang melanda negara dan mungkin banyak lagi. Itu belum termasuk hal-hal meloyakan seperti lambakan budak Raver yang melampau.

Saya pun dulu pernah fikir begitu. Tapi sudah cukup bersediakah? Kata orang, jangan difikir air pasang sahaja. Ramai juga kenalan yang saya jumpa berhasrat mahu mencuba nasib di negara orang, alasannya sama seperti yang saya kata di atas.

Betul tak salah mencuba, tetapi sebelum itu sebaiknya kita cuba faham antara perbezaan cabaran semasa travel dan cabaran ‘mencari rezeki’ di negara orang. Keduanya sama, berada di luar zon selesa tapi dengan cabaran yang berlainan. Mungkin kita selalu mendengar cerita yang seronok-seronok sahaja berbanding yang sebaliknya.

Saya tertarik dengan perkongsian dari Haji Zainuddin Omar, pengalaman beliau bertemu beberapa EX Malaysian yang tinggal di luar negara mengadu nasib dan bercerita masalah mereka yang seakan menyesal pada akhirnya.

Ikuti perkongsian dari beliau di bawah.

Ini pengalaman saya berjumpa beberapa EX Malaysian yang dah migrate dan tinggal di luar negara:



1. Seorang pakcik yang saya terserempak di Te Anau, berdekatan Milford Sound, New Zealand.

Dia mengadu cuaca terlalu sejuk di NZ dan teringin balik ke Malaysia kerana dah berumur. Masalahnya dia sudah give up Malaysian citizenship dan dah 20 tahun bermastautin di New Zealand. Dia juga mengadu kos perubatan yang mahal di NZ dan susah berjumpa doctor.

2. Seorang auntie umur 50’an yang saya jumpa di Zurich, Switzerland.

Auntie ini dah 15 tahun tinggal di Switzerland dan mengadu kehidupan susah kerana standard of living yang tinggi. Dia masih bekerja walaupun terlalu penat dan teringin balik ke Malaysia. Kos pelajaran anak juga sangat membebankan.

3. Seorang uncle yang saya jumpa di dalam bas di Venice Beach Los Angeles USA.

Dalam bas, beliau meneriak saya kerana excited dalam bahasa melayu kerana mengenali tudung stail malaysia isteri saya. Uncle ini dah 20 tahun migrate ke USA dan mengadu sangat kesunyian kerana tiada kawan dan saudara berdekatan. Dia pun teringin balik ke Malaysia tapi telah melepaskan taraf kerakyatan.

4. Seorang kakak yang saya jumpa di London.

Kakak ini sudah berkahwin dengan seorang berbangsa Inggeris dan mempunyai keluarga di North East London. Beliau sudah 20 tahun menetap di UK dan teringin sangat balik dan mati di Malaysia. Walaupun mempunyai rumah yang besar dan sudah berkeluarga di London, beliau merasa kekosongan jiwa berada disana.

5. Seorang pakcik di Liverpool, UK.

Pakchik melayu ini dah 40 tahun menetap di UK dan asalnya seorang kelasi MISC. Beliau terlalu rindu untuk balik ke Malaysia tetapi berasa tersangat malu kerana sudah lama tidak menjenguk kampung halaman di Melaka. Kehidupan beliau agak susah di UK dan beliau sendiri tak tahu apa agama anak nya.

6. Seorang pakcik yang saya kunjung ke rumah beliau di Melbourne, Australia.

Beliau sudah 10 tahun migrate ke Australia tetapi mengadu kehidupan di Melbourne tersangat sunyi jauh dari saudara mara, kos kehidupan yang tinggi dan rascism. Walaupun mempunyai kehidupan yang selesa, beliau nak pulang ke Malaysia satu hari nanti.

7. Sepasang suami isteri dan keluarga di Mekah, Saudi Arabia.

Walaupun anak mereka lahir di Saudi Arabia, citizenship SA tidak diberi secara automatik dan anak mereka tidak dapat masuk ke universiti sana walaupun layak. Yang pelik nya, anak anak mereka yang tidak fasih berbahasa melayu dihantar belajar di UIAM kerana ibu bapa yang masih rakyat Malaysia.

Kehidupan di SA bukan senang kerana tradisi yang berbeza. Mereka teringin pulang ke Malaysia walaupun sudah 30 tahun bermastautin disana.

8. Seorang cleaner perempuan berasal dari Kelantan yang bekerja di Copenhagen Denmark.

Dia menegur semasa saya sedang mengopi di Cafe berdekatan Tivoli Gardens. Dia teringin sangat balik ke Malaysia kerana sudah 15 tahun di Denmark. Walaupun gaji beliau Rm15k, dia tak larat dengan cukai dan kos kehidupan yang tinggi di sana.

Anak kelahiran Kuala Krai ini juga mengaku tidak menjadi saorang muslimah yang baik semasa di Denmark.

9. Seorang guru perempuan yang tinggal di San Bernardino, Los Angeles USA.

Guru ini berumor 50’an tetapi pendapatan sebagai guru Inggeris tidak mencukupi membiayai kesemua keperluan harian beliau termasuk bayaran rumah. Beliau berkata kepada saya ‘I am living from month to month’ dan teringin pulang ke Malaysia tetapi telah menyerah kerakyatan Malaysia 20 tahun yang lepas.

10. Seorang pemuda yang bekerja sebagai pemandu pelancong di Tokyo Jepun.

Beliau mengembara di Jepun, tertarik dengan kehidupan orang Jepun dan akhirnya bermastautin di sana. Pada awalnya kehidupan agak selesa semasa zaman bujang tetapi apabila telah berkeluarga, kos kehidupan yang tinggi dan apartmen yang kecil menyebabkan beliau selalu stress.

Setelah 10 tahun berada di Jepun beliau bercadang pulang ke Ipoh tetapi khuatir dengan isteri berbangsa Jepun yang mungkin tidak dapat menyesuaikan diri di Malaysia.

Ramai lagi Malaysian yang saya terserempak semasa kembara di luar negara dan kebanyakan mereka ingin pulang ke Malaysia di umur senja.

Betul lah saperti peribahasa melayu ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Sesuatu itu memang baik di kampung halaman sendiri walaupun betapa mewahnya tempat lain.

Saya suka quote phrasa ini kepada rakan rakan yang banyak komplain pasal Malaysia:

“My country, right or wrong; if right, to be kept right; and if wrong, to be set right.”

Kepada mereka yang nak migrate dan mencari kehidupan baru di luar negara, make sure don’t give up your citizenship ‘coz one day you might regret it your whole life.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment