JANGAN TERPEDAYA DENGAN TANGISAN MAHATHIR MENGENAI PROTON

Inilah sikap jelik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak habis-habis melemparkan tuduhan yang tidak berasas dan tidak benar dalam usaha menghasut rakyat membenci kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sejak keluar parti kerana kepentingan peribadi tidak ditunaikan, bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu yang kini merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menjadi pengkritik lantang yang mengkritik Najib.

Apa sahaja yang dilakukan kerajaan di bawah pimpinan Najib kepada rakyat dan negara, pasti akan dikritik dan diburuk-burukkan. Beliau lebih gemar memburuk-burukkan pemimpin negara itu sehingga ke luar negara.

Bekas perdana menteri yang keempat itu sanggup memusnahkan imej dan ekonomi negara sendiri, asal sahaja nafsu politik beliau dapat dilampias.

Terbaru, Mahathir terus membuat tuduhan mendakwa syarikat pembuat kereta Proton dikatakan sudah dijual kepada China dan bukan milik Malaysia lagi dalam tulisan terbaru di blognya.

Demi meraihkan perhatian rakyat, Mahathir kononnya menangis kerana hilang anak. Bagaimanapun, tiada apa yang Mahathir perlu tangisi sebenarnya. Ini kerana Proton tidak hilang, ianya masih ada.

Semasa anak besinya hilang betul betul iaitu Perwaja, mengapa Mahathir tidak menangis? Apakah Mahathir mahu nasib perniagaan Proton senasib dengan Perwaja?

Pembelian saham adalah urusan perniagaan, ianya tidak terbabit pun dengan soal kedaulatan negara. Justeru, tuduhan Mahathir itu boleh disifatkan karut, kerana syarikat yang memiliki Proton DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom) hanya menjual 49.9 peratus kepentingan mereka di dalam syarikat itu.

Ditegaskan bahawa DRB-Hicom masih memegang pegangan majoriti iaitu 51.1 peratus dan ianya secara majoritinya akan tetap menjadi syarikat milik Malaysia. Namun Mahathir berniat jahat dengan menuduh kata kerajaan jual aset negara termasuklah Proton ini kepada negara asing katanya untuk menyelesaikan hutang.

Takkan Mahathir tidak tahu sengsara apa yang Proton tanggung dari segi pusingan modal dan kewangan untuk menampung operasi. Mahathir patut sedar, pembelian saham oleh Geely ini adalah perkongsian strategik untuk membawa masa depan yang lebih baik untuk syarikat Proton dan pekerjanya.

Pada 2 Ogos 2010, syarikat Geely membeli pegangan dalam syarikat Sweden, Volvo dengan harga USD$1.3 billion dari Ford Motor. Selepas itu jualan kereta Volvo naik 27% berbanding tahun sebelumnya. Kilang Volvo masih lagi di Sweden dan Belgium.

Pihak pembangkang di Sweden tidak pula membangkitkan soal penjualan pegangan Volvo ke syarikat Geely sebagai menjual kedaulatan negara Sweden.

Geely juga telah membeli The London Taxi Company di United Kingdom dengan harga £11.04 pada 2012. Ada pihak pembangkang di United Kingdom dakwa pembelian Geely ini seolah menjual kedaulatan negara? Tidak.

Namun malangnya, hanya pihak pembangkang yang bernama Pakatan Harapan di Malaysia sahaja menuduh kerajaan mengadaikan kedaulatan negara bila Geely membeli saham Proton.

Rakyat sudah tahu pada tahun 1985 hingga 2000, Proton mengeluarkan kenderaan kebanyakan berdasarkan rekabentuk dan serta alat ganti termasuk enjin dari Mitsubishi dari Jepun.

Proton mengadakan kerjasama dengan Mitsubishi Motors antara tahun 1983 dan 1984 untuk pengeluaran kereta Malaysia yang pertama. Kereta yang Mahathir pandu di Jambatan Pulau Pinang.

Ia bukanlah keseluruhannya hasil kerja Proton. Ianya kerjasama strategik antara syarikat Jepun dengan syarikat Malaysia, Proton. Apakah pada masa itu kedaulatan Malaysia tergadai kepada Jepun?

Proton kini tarafnya adalah sebuah syarikat korporat di bawah kawalan jutawan tempatan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Keputusan yang dibuat adalah keputusan perniagaan kerana Syed Mokhtar tidak mahu lagi menanggung kerugian.

Namun mengapa Mahathir enggan menyelar keputusan Kerajaan Pulau Pinang yang meluluskan Enakmen Pinjaman Kerajaan Negeri (Bank dan Sumber Kewangan Lain) 2017 untuk membolehkan kerajaan Lim Guan Eng meminjam wang tanpa had dari China?

Kenapa bekas Perdana Menteri itu hanya mendiamkan diri dan tidak kritik tindakan yang dilakukan oleh Rejim pimpinan Lim Guan Eng ni? Tiada pula beliau nak buat spekulasi dengan memberikan gambar kononnya jika Rejim DAP tu tak mampu bayar balik hutang mereka kepada China, maka Pulau Pinang terpaksa digadaikan.

Proton tidak ke mana mana. Masih ada. Ianya hanya kerjasama strategik. Syarikat Proton tidak akan rugi kerana menjual sebahagian pegangannya kepada syarikat yang mempunyai potensi dari China, sebaliknya akan lebih berjaya dalam industri pembuatan kereta.

Daripada menuduh benda yang tidak perlu dibahaskan, lebih elok Mahathir tuduh, kutuk dan kritik Guan Eng yang jelas-jelas menindas rakyatnya. Guan Eng terlibat dengan rasuah tetapi enggan melepaskan jawatan.

Pembelian saham Geely adalah urusan perniagaan, ianya tidak menjejaskan pun kedaulatan negara kita. Oleh demikian, usah terpedaya dengan tangisan simpati Mahathir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana