Jangan salahkan Jabatan Imigresen apabila pekerja ditahan - Mustafar....Syabas Jangan Gentar dan Ugutan Dari mana mana

Jabatan Imigresen meminta majikan tidak menyalahkan mereka kerana menahan pekerja yang melakukan kesalahan kerana ia adalah tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan, tegas ketua pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali.

Sebaliknya, Mustafar mahukan majikan lebih matang dan sedar mereka sendiri melakukan kesalahan dan harus bersedia menerima akibat daripada keputusan mereka.

"Jabatan Imigresen tidak akan berhenti setakat menahan warga asing yang melakukan kesalahan, malah akan menyiasat dengan lebih lanjut setiap kes. Majikan turut berhadapan tindakan undang-undang mengikut peruntukan sedia ada di bawah Akta Imigresen," katanya.

Mustafar mengeluarkan kenyataan itu bagi mengulas kenyataan pengurusan sebuah restoran makanan Korea di laman sosial Facebook mengenai penahanan pekerja warga asing restoran tersebut yang menurut beliau tidak menunjukkan situasi sebenar operasi dan disifatkan kenyataan tidak bertanggungjawap.

Dalam kenyataannya di Facebook semalam, pengurusan restoran itu menyalahkan pihak berkuasa yang kononnya mengakibatkan pengunjung restoran mereka berhadapan kesukaran apabila ramai pekerja asingnya ditahan.

Mustafar menjelaskan, restoran itu adalah antara premis di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur yang diperiksa pada 28 April lepas berdasarkan aduan orang awam bahawa premis makanan di situ banyak mengambil pekerja asing sebagai penyedia dan jurujual makanan.

"Hasil pemeriksaan di restoran itu, kami menahan seorang warga tempatan dan 28 pekerja warga asing atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dan Peraturan-peraturan Imigresen.

"Mereka yang ditahan adalah 12 warga Bangladesh, Filipina (lapan), Myanmar (tiga), Indonesia (dua), Nepal (dua) dan Pakistan (satu)," katanya yang menjelaskan operasi itu turut membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Menurut Mustafar, warga tempatan yang mengaku penyelia di premis berkenaan disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi warga asing.

Menurutnya antara kesalahan itu adalah mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan pas yang sah, Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal melebihi tempoh sah dan di bawah peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas.

Mustafar turut mengingatkan majikan supaya sedar tindakan mereka menggaji warga asing tanpa pas yang sah adalah merupakan satu kesalahan serius.

"Amaran telah dikeluarkan berulang kali dalam media massa mahupun media sosial sama ada daripada jabatan ini atau Kementerian Dalam Negeri tetapi masih ramai majikan berdegil dan terus menggaji pekerja asing tanpa izin sebagai pekerja," katanya.

Menurutnya, jabatan itu juga mendapati ramai pekerja asing bekerja di barisan hadapan yang jelas merupakan sektor yang tidak dibenarkan menggunakan pekerja asing, seperti juruwang, jurujual lelaki dan wanita, pelayan restoran dan sebagainya.

Perkara ini, katanya, amat mendukacitakan kerana majikan memandang remeh dan sanggup melanggar undang-undang untuk mengaut keuntungan jangka pendek semata-mata dan tindakan mereka turut menyumbang kepada kebanjiran warga asing tanpa izin (PATI).

Mustafar berkata kerajaan telah memberi peluang kepada majikan mendaftarkan pekerja asing yang bekerja dengan mereka melalui Program E-Kad yang telah dibuka sejak 15 Feb lepas dan akan tamat pada 30 Jun ini.

Majikan perlu merebut peluang ini dan mendaftarkan segera pekerja asing mereka sebelum tamat tempoh program ini kerana operasi penguatkuasaan tetap akan diteruskan sepanjang tempoh ini, jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana