Jaga lidah masa berpuasa, pesan Mufti Perak

Umat Islam termasuk pemimpin parti politik diingat mesti menjaga `lidah’ dengan tidak mencerca, mengumpat dan berbohong kepada orang semasa menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadan yang penuh barokah ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang membuat peringatan ini berkata, mereka yang melanggar dan mengingkarinya maka akan membatalkan sebagai takwaan kepada puasa.

`` Maka lidah kita yang pertama mesti puasa, lidah tidak boleh menyakiti hati orang..tidak boleh kita mencerca orang, tidak boleh mengumpat orang, tidak boleh kita berbohong kepada orang kerana itu semua akan membatalkan sebagai takwaan kepada puasa.

``Tujuan puasa untuk takwa jadi bila itu kita langgar hilang takwa jadi dalam bulan Ramadan lidah mesti dijaga,’’ katanya kepada wartawan Agendaily hari ini.

Beliau menegaskan sebagai umat Islam, lima perkara  selain lidah iaitu nafsu, akal, telinga dan mata mesti dijaga.

``Jadi tujuan untuk kita berpuasa adalah untuk menjaga lima perkara ini ..pertama  kita puasa nafsu makan-minum syahwat itu mesti dikawal.. itu nafsu.

``Kedua kita mesti kawal akal jangan kita fikir yang bukan-bukan di bulan Ramadan..akal kita mesti dengan tujuan yang baik, kalau tidak akal kita tidak puasa.

``Mata tidak boleh melihat aurat kerana aurat  itu rahsia orang..rahsia orang tidak  boleh dikorek..telinga tidak boleh dengar perkara atau benda yang tidak baik.

``Jadi kalau lima perkara ini dijaga barulah kita semoga menjadi orang yang bertakwa,’’ katanya.

Harussani turut menegur  tabiat umat Islam akhir-akhir ini yang masih lagi tidak insaf kerana gemar berbelanja besar dan membazir di bulan Ramadan.

``Puasa  sebenarnya melatih kita umat Islam supaya berjimat-cermat.. melatih supaya tidak gelojoh tetapi waktu akhir-akhir ini kalau bulan puasa lahirlah bazaar Ramadan ..bila tengok kedua belah tangan bawa balik makanan yang banyak.

``Jadi kita percayalah apa yang dikatakan dalam akhbar kita membazir makanan sampai 27 tan sehari...jadi kita disuruh berpuasa supaya kita menginsafi apa yang berlaku kepada saudara-saudara kita yang lain.

``Ada yang tak makan tak minum sebagainya.. jadi kita mesti insaf tapi kita nampaknya sekarang ini ramai yang kaya pula makan di hotel-hotel..satu kepala  sampai RM80, RM85 dan  ada yang sampai  RM120 satu kepala.

``Jadi kalau kita makan di rumah  tak sampaipun RM100.. kita beli tulang buat sup tak sampai RM100.. tapi kalai lima beranak  makan di hotel  sudah tentu mencecah RM500 jadi kita membazir satu perbuatan yang salah dari segi syarak,’’ kata Harussani.

Harussani turut menceritakan pengalamannya tidak lama dulu apabila makan semasa berbuka puasa  setelah menghadiri satu mesyuarat  disebuah hotel yang dibayar oleh syarikat.

``Saya disambut baik dengan hidangan makanan hebat tetapi apabila ditanya berapa harganya makanan itu jawapannya agak mengejutkan iaitu RM115.. saya geleng kepala dan selepas itu saya tidak lagi makan di hotel,’’ katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana