JADI PM BONEKA SEMENTARA, WAN AZIZAH TAK KISAH

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tiada masalah menjadi pemegang sementara jawatan perdana menteri kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah katanya lagi, beliau sedia melepaskan jawatan itu sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, untuk memberi laluan kepada Anwar.

“Saya tidak kisah, ya.

“Terus-terang, beliau adalah pemimpin lebih baik. Beliau pentadbir yang lebih baik. Beliau individu yang lebih baik untuk jawatan itu. Mengapa tidak?,” kata Wan Azizah yang dipetik dalam program UpFront, Al Jazeera.

Al Jazeera menyiarkan coretan temubual bersama Dr Wan Azizah selama seminit hari ini.

Episod penuh temubual itu akan disiarkan pukul 3.30 pagi (waktu Malaysia), esok.

Pengacara program berkenaan, Mehdi Hasan kemudian bertanya mengapa rakyat perlu mengundi Wan Azizah jika beliau tidak akan menjadi perdana menteri.

Wan Azizah mendakwa tinjauan pendapat mendapati Anwar adalah paling popular.

“Salah satu tinjauan pendapat menunjukkan Anwar adalah pemimpin yang sepatutnya menjadi perdana menteri yang baru,” katanya.

Pakatan Harapan (PH) berkata Anwar akan menjadi perdana menteri jika pembangkang memenangi PRU14.

Pada Disember tahun lalu, Mahkamah Persekutuan menolak usaha terakhir Anwar untuk mengetepikan sabitan meliwat dan hukuman penjara lima tahun ke atas beliau kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015, mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana