ISU TERIMA DANA 1MDB, BEKAS PEMIMPIN UMNO MULA KEPANASAN

Bekas pemimpin UMNO yang sebelum ini lantang membuat tuduhan mengenai dana 1MDB kini seperti ‘cacing kepanasan’ selepas pendedahan baru-baru ini oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz baru-baru ini.

Pengerusi Pertubuhan Kelab-Kelab UMNO Luar Negara, Wan Md. Hazlin Agyl berkata, bekas pemimpin tersebut, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal sudah terdesak sehingga terpaksa membuat pengakuan bersumpah untuk menafikan dakwaan tersebut.

Nazri (tengah) bergambar kenangan bersama ahli-ali Pertubuhan Alumni Kelab-kelab UMNO Luar Negara yang hadir pada Majlis Bicara Tokoh “Isu Semasa : Apa Kata Chief?” di Kuala Lumpur baru-baru ini. foto HAZROL ZAINAL, 21 MEI 2017.
“Tindakan bekas pemimpin-pemimpin UMNO dan kini merupakan pemimpin pembangkang yang bersumpah kononnya mereka tidak pernah menerima sebarang sumbangan atau menggunakan dana politik UMNO menunjukkan seolah-olah mereka kini seperti ‘cacing kepanasan’.

“Lebih menarik, tindakan mereka itu dibuat selepas Nazri, Ahli Majlis Tertinggi UMNO mendedahkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal merupakan antara penerima terbesar dana politik daripada UMNO untuk tujuan pembangunan di kawasan Parlimen masing-masing pada Pilihanraya Umum Ke-13 lalu,” kata Wan Md dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pendedahan itu sekaligus membuktikan bahawa mereka sendiri tahu bahawa dana yang diterima bukanlah daripada 1MDB, sebaliknya ia adalah wang UMNO sepenuhnya.

“Bimbang helah dan fitnah mereka selama ini terbongkar, sebab itulah mereka melatah lalu segera mengeluarkan kenyataan penafian.

“Ia bukti jelas yang mereka sedang ketakutan. Mula takut kerana rakyat sudah jemu dan jelik dengan cerita-cerita dongeng mereka mengenai 1MDB,” ujarnya.

Beliau kemudiaan menggesa supaya bekas pemimpin UMNO dan pembangkang supaya berhenti daripada membangkitkan khabar berita yang tidak benar semata-mata untuk menghasut rakyat membenci kerajaan.

“Justeru, Alumni Kelab UMNO Luar Negara (AKULN) yang yang terdiri daripada bekas-bekas pelajar dan ahli kepada 88 buah kelab-kelab UMNO seluruh dunia mendesak pemimpin pembangkang terutamanya daripada bekas pemimpin UMNO supaya tidak melemahkan minda rakyat dengan menjadikan khabar-khabar angin dan fitnah sebagai berita sahih.

“Berjuanglah dengan ikhlas demi kesejahteraan rakyat dan negara bukannya berpaksikan nafsu yang gilakan kuasa semata-mata,” katanya. – MalaysiaGazette
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment