Isu Rumah : 9 Tahun Perintah Pulau Pinang, DAP Masih Salahkan BN

Walaupun parti rasis dan cauvinis DAP sudah memerintah Pulau Pinang selama Sembilan tahun, namun Exco kerajaan negeri itu, Jagdeep Singh Deo tetap menyalahkan kerajaan pusat, Barisan Nasional (BN) kerana tidak menyediakan rumah mampu milik secukupnya di negeri berkenaan.
Malah, menurut penganalisis politik Lim Sian See (LSS), ADUN Dato Keramat dari parti DAP itu dilaporkan berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menjelaskan kepada rakyat diatas kegagalan menyediakan rumah mampu milik kepada penduduk pulau mutiara itu.

“Setelah berapa lama DAP memerintah Pulau Pinang pun masih nak salahkan BN?” soalnya.
Jelas LSS, berapa lama lagi kerajaan DAP Pulau Pinang mahu menyalahkan BN diatas segala perkara yang beraku di negeri itu sungguhpun sudah memerintah negeri selama 9 tahun semenjak 2008.
“Apa sudah jadi dengan dana RM500 juta rumah mampu milik yang diumumkan pada 2011?” katanya merujuk kepada tambahan RM500 juta peruntukan kerajaan negeri bagi membangunkan rumah mampu milik selepas meluluskan RM609 juta kepada Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang (PDC) untuk tujuan sama.

Untuk rekod, jumlah terkumpul bagi projek berkenan adalan RM1.1 bilion untuk membangunkan 520 unit rumah mampu milik di Bandar Cassia, Seberang Perai Selatan.LSS kemudiannya membidas kerajaan negeri bermain politik dengan tidak membenarkan BN membina rumah mampu milik di negeri berkenaan, termasuk penangguhan kelulusan pembinaan 1,000 Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) di Balik Pulau.

Malah, kerajaan DAP juga dakwa beliau menghalang pembinaan 9,999 projek rumah mampu milik kelolaan 1MDB.“Dah lupa ke semua ni?” soal LSS lagi.Mengulas lanjut, sekiranya projek terowong bernilai RM6.34 bilion tidak diteruskan, kerajaan negeri boleh membina 63,400 unit rumah mampu milik berharga RM100,000 setiap satu dan memberinya percuma kepada rakyat Pulau Pinang.
“Atau jika kamu batalkan projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang bernilai RM50 bilion, kamu boleh membina 500,000 unit rumah mampu milik berharga RM100,000 dan memberinya percuma kepada rakyat Pulau Pinang

“Jika sebuah keluarga mempunyai empat ahli dan kamu boleh memberi rumah percuma kepada 2 juta orang – lebih ramai daripadan populasi Pulau Pinang seramai 1.7 juta orang,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana