ISU PROTON : RUPA-RUPANYA MAHATHIR PERNAH BERBINCANG DENGAN GEELY

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau kecewa dengan perjanjian yang telah dimeterai di antara HRB-Hicom dan syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd (Geely Holding).

Rupa-rupanya ada 2 perkara penting yang perlu kita tahu tentang Mahathir Mohamad dan Proton. Portal Nikkei Asian Review telah menerbitkan laporan bertajuk Mahathir seeks to turn Malaysia’s Proton around with Geely’s help bertarikh 13 Jun 2014.

Di antara lain,
1. Portal itu melaporkan bahawa menurut akhbar kewangan Malaysia The Edge, Mahathir telah dilaporkan berkata tidak ada keperluan untuk mendapatkan bantuan kerajaan untuk Proton. Walau bagaimanapun, bahagian pasaran domestik syarikat Proton telah menjunam kepada kira-kira 20% daripada paras tertinggi sebanyak 50% pada tahun 2001.

2. Portal itu juga melaporkan bahawa Mahathir nampaknya telah yakin untuk meneruskan tanpa bantuan kerajaan. Pada bulan April 2014, beliau terbang ke negara China dengan Syed Mokhtar Al-Bukhary, yang mengendalikan konglomerat Malaysia DRB-Hicom, yang memiliki Proton. Kedua-dua bertemu dengan pemimpin-pemimpin politik dan perniagaan negara China. Menurut media tempatan, Mahathir pada masa itu telah memulakan perbincangan perjanjian perkongsian antara Proton dan syarikat Zhejiang Geely Holding Group.

3. Pada pertengahan Mei 2014, Mahathir menjadi pengerusi Proton selepas syarikat telah merumuskan satu strategi untuk kebangkitan semula melalui kerjasama dengan pengeluar kereta China. Pada akhir Mei, semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata bahawa rundingan perkongsian telah membuat kemajuan.

Jika wujud usaha sama di antara Proton dan Geely serta Mahathir Mohamad merupakan salah satu individu yang aktif terlibat, kita tentu hairan dengan dakwaan terbaru beliau yang ‘kecewa’ dengan usaha sama tersebut. Apakah beliau hanya berlakon ‘kecewa’ untuk mendapat simpati dan semata-mata untuk memburuk-burukkan kerajaan BN persekutuan?

Kenapa Mahathir tidak berterus terang bahawa beliau juga pernah terfikir untuk berganding usaha dengan syarikat asing untuk menyelamatkan syarikat Proton?

Yang pastinya, era IT sekarang memudahkan kita untuk mencari berita-berita lama tetapi sangat relevan dengan isu-isu terkini seperti isu Proton ini. Dan rakyat tidak lupa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana