Isu Proton: Mahathir berlakon sedih... ini penjelasannya

Kesedihan ditunjukkan Pengerusi PPBM Tun Mahathir Mohamad berikutan penjualan sebanyak 49.9 peratus saham Proton Holdings Berhad (Proton) kepada Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd., (Geely) dianggap sebagai lakonan semata-mata.

Penganalisis politik, Lim Sian See berkata, anggapannya itu berdasarkan hakikat bahawa bekas Perdana Menteri itu yang terlebih dahulu menjemput syarikat dari China tersebut untuk membantu syarikat kereta nasional pada 2014.

Katanya, selepas dilantik sebagai Pengerusi Proton pada 2014, Dr. Mahathir dan pemilik Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah ke negara Tembok Besar itu untuk mengadakan pertemuan dengan Geely bagi meminta bantuan menyelamatkan Proton.

“Kerajaan tidak lagi memiliki Proton setelah diambil alih sepenuhnya oleh DRB-Hicom pada 2012 atas permintaan Mahathir yang sekali gus menunjukkan bahawa keputusan penjualan saham tersebut adalah oleh DRB-Hicom sendiri.

“Oleh itu, adalah pelik apabila Mahathir tiba-tiba mengkritik penjualan kepentingan dalam Proton kepada Geely dan menangis sedangkan beliau yang pada mulanya mahu saham Proton dijual kepada syarikat Jerman, Volkswagen pada 2005 dan meminta kerajaan menjual semua kepentingannya dalam Proton kepada syarikat swasta pada 2011 serta yang mula-mula meminta bantuan Geely di China pada 2014.

“Malah, tiga bulan lalu iaitu pada Februari 2017, beliau berkata tidak mempunyai bantahan untuk Geely membeli kepenti­ngan dalam Proton.

Tiba-tiba sekarang beliau mengkritik kerajaan, menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan berkata mahu menangis kerana ‘anaknya’ telah dijual?

“Kelihatan seperti Mahathir yang telah menjual anaknya sendiri. Bapak jual anak!” kata Sian See dalam blognya hari ini.

Baru-baru ini, DRB-Hicom telah mencapai persetujuan dengan Geely bagi membolehkan syarikat tersebut membeli 49.9 peratus saham Proton.

Perkembangan itu menyebabkan Mahathir dalam blognya mengatakan beliau sangat sedih dan menangis kerana kehilangan Proton yang disifatkan sebagai anaknya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana