INI WAYANG TERBARU PKR UNTUK PRU14

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggariskan rancangan dan inisiatif parti itu bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Dalam ucapan dasarnya pada Kongres Nasional Tahunan Keadilan yang berlangsung di sini hari ini, Wan Azizah berkata PKR berikrar untuk mengangkat ketuanan rakyat dalam manifesto PRU ke-14 nanti.

Selain daripada memberi tumpuan kepada golongan dari Felda dan anak muda, beliau berkata partinya juga mengambil maklum isu gaji pekerja yang tidak setara kos sara hidup serta mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

“Kami juga sedia maklum impian dan harapan warga Sabah dan Sarawak.

“Menyedari hakikat ini, kami mengangkat tawaran ‘Serba Adil, Melangkaui Autonomi’ iaitu pentadbiran autonomi berasaskan Agenda Reformasi,” kata Dr Wan Azizah.

Beliau turut mengarahkan pimpinan negeri untuk melaksanakan ‘Kempen 300’ iaitu menjalankan 300 ceramah, dialog, aktiviti komuniti di negeri masing-masing.

“Program in harus dilaksanakan dalam masa tiga bulan akan datang dan menunjukkan hasil.

“Ini bagi menerangkan agenda Pakatan Harapan menjelang PRU ke-14” kata Dr Wan Azizah.

Selepas ucapan dasar, sesi perbahasan bagi perwakilan bersambung sebelum sesi penggulungan oleh pemimpin. – aw

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana