Ini komen Zahid pasal Dr Mahathir tandatangan petisyen 'Bebas Anwar'…

Politik punya pasal segala prinsip tolak sebelah.Liwat pun liwatlah.

Ahad,Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini beberapa kali elak diri dari terjebak dengan kempen ‘Bebas Anwar’ yang dikendalikan oleh PKR untuk bebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan kerana bersalah meliwat telah menandatangani petisyen itu.

Beliau tandatangan petisyen itu ketika hendak keluar dari dewan majlis perasmian Kongres Nasional PKR 2017 di Shah Alam.

Diminta mengulas hal itu,Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi menilai langkah bekas Perdana Menteri itu untuk  'mencuci dosa' yang dilakukannya.

Katanya ramai yang menganggap bekas perdana menteri itu 'menganiaya' timbalannya ketika beliau berkuasa.

"Kini apabila beliau berada di luar kekuasaan dan pembasuhan dosa ini mahu dilakukan, maka beliau mengambil langkah untuk tandatangan petisyen berkenaan," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Kembara Media Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kuala Lumpur Ahad.

Bagi Zahid petisyen tersebut tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bukan merupakan saluran yang tepat.

"Kita mengetahui bahawa satu surat rayuan telah dikemukan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mewakili Anwar memohon supaya Lembaga Pengampunan memberikan pengampunan kepada Anwar.

"Mungkin cara itu lebih diterima kerana yang boleh menentukan seseorang itu dilepaskan ialah melalui Lembaga Pengampunan," katanya.

Zahid berkata kerajaan menyerahkan kepada Lembaga Pengampunan untuk membuat keputusan.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan liwat bekas pembantu peribadinya,Saiful Bukahri Azlan.

Sementara itu mengulas mengenai sebilangan pegawai dan anggota polis yang dicekup melindungi sindiket dadah,judi dan rumah urut,Zahid menegaskan amalan mengutip 'duit pau' atau habuan untuk perlindungan dalam kalangan agensi penguat kuasa sudah lama berlalu.

Katanya  gejala rasuah itu masih menular kononnya menanggung perbelanjaan 'meraikan' pegawai atasan yang turun melawat anggota bawahan, khususnya di peringkat daerah.

"Ini alasan tidak cerdik kerana bercanggah dengan pendirian anggota penguat kuasa yang diberi amanah untuk memikul tanggungjawab melindungi negara dan masyarakat.

"Tindakan pegawai atasan membuli anggota bawahan juga perlu dihentikan kerana amalan ini menjurus kepada perlakuan menghalalkan rasuah dalam kalangan unit beruniform.

 "Zaman untuk dapat rezeki tidak halal dan tanpa modal sudah lama berlalu, justeru tinggalkan amalan ini," katanya.
Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) ditubuhkan untuk memantau sebarang perlakuan anggota polis yang menyalahi tatatertib dan undang-undang.

"Pegawai atasan perlu tunjukkan teladan dan mengamalkan integriti dalam pasukan polis supaya tiada yang menjadi setitik nila sehingga rosak susu sebelanga," katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment