INI CARANYA UNTUK DAPATKAN YOUTUBE VERSI TERBARU DENGAN PAPARAN ‘DARK MODE’

Jika anda cukup geek dan sering mengikuti perkembangan terbaru arena teknologi web, kami yakin anda pernah mengaktifkan Youtube versi dark mode yang sebelum ini dikeluarkan dalam versi beta untuk kegunaan segelintir pengguna.

Mengaktifkan dengan cara yang sedikit kompleks mungkin antara sebab yang membuatkan orang ramai tidak berminat untuk mencuba fungsi terbaru YouTube ini. Dalam pada itu, YouTube pada hari ini telah mengeluarkan fungsi dark mode atau paparan gelap ini khusus untuk kegunaan umum.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu lawati laman web YouTube ini dan klik pada Try it now. Nampaknya bukan sekadar paparan gelap yang ditawarkan malah YouTube telah mencuba dengan rekaan yang lebih minimalis melalui fungsi terbaru keluaran mereka.

Sebelum ini Twitter menjadi antara aplikasi terawal memaparkan fungsi dark mode diikuti dengan YouTube. Kami harap selepas ini Facebook dan Instagram pula bakal mengikuti trend dark mode ini. Setidaknya untuk smartphone, lebih sedap mata memandang dan tidak menyakitkan mata buat yang suka browse sebelum tidur.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana