IBRAHIM ALI DAKWA PAS DAYUS JIKA GAGAL SURUH EXCO DI SELANGOR LETAK JAWATAN

Dari segi prinsip dan maruah, tiga anggota Exco Selangor dari Pas harus meletakkan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri, kata Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Dr. Ibrahim Ali.

Beliau berkata, kalau Pas Selangor tidak berbuat demikian selepas Majlis Syura Ulama (MSU) Pas Pusat memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR, mereka dianggap melakukan khalwat politik.

“Selepas kerjasama politik terputus, maka tidak ada lagi hubungan antara Pas dengan Pakatan Harapan (PH) dan PKR.

“Pas tidak boleh beri alasan mereka tidak mahu letak jawatan kerana menghormati mandat rakyat. Jawatan Exco bukan mandat pilihan raya, ia adalah lantikan Menteri Besar PH,” katanya pada sidang media di pejabat Perkasa di sini, hari ini.

Menurut Dr. Ibrahim, sekiranya Pas Pusat dan Selangor gagal mengarahkan tiga Exconya meletak jawatan, itu adalah pendirian orang dayus.

Ditanya kenapa Pas tidak mahu berbuat demikian, beliau tidak menolak kemungkinan mereka ada kepentingan tertentu.

“Pas tidak berani hendak arah Exconya letak jawatan sebab Pas tidak yakin dengan kedudukannya di Selangor.

“Sebab bukan setakat jawatan Exco sahaja, penyokong Pas yang diberi jawatan sebagai Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan jawatan di masjid pun perlu terlibat sama.

“Ini akan menggugat sokongan rakyat terhadap Pas pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” ujar beliau.

Dr. Ibrahim juga menyatakan rasa peliknya dengan kenyataan pemimpin Pas di peringkat pusat mahupun negeri yang berbelit-belit berhubung kedudukan parti itu di Selangor.

“Macam main bola keadaannya. MSU Pas tolak kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat. Mereka saling tolak menolak sehingga menghuru harakan keadaan,” katanya.

Beliau juga tidak bersetuju dengan tindakan Pas menggunakan institusi raja untuk menyelamatkan kedudukannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana