HUBUNGAN BAIK UMNO-PAS KEMBALIKAN SOKONGAN RAKYAT

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyifatkan hubungan baik yang kembali terjalin antara PAS dan UMNO sedikit sebanyak dalam membantu dalam usaha mengembalikan sokongan rakyat terhadap kedua-dua parti tersebut.

Menurutnya, jika dahulu PAS dan UMNO saling bertengkaran dan bergeleseran antara satu sama lain, namun kini semuanya berubah apabila masing-masing dilihat mengamalkan politik matang dan perkara itu turut memberi kesan kepada masyarakat.

“Kalau dulu tuduh menuduh begitu serius, pergeseran dalam masyarakat, kafir mengkafirkan, pulau memulau begitu ketar.

“Sekarang alhamdulillah, sudah reda dan ia hasil yang baik kerana orang Islam mahu melihat penyatuan antara mereka bukan sahaja di Kelantan malah seluruh negara” katanya, semalam.

Tambahnya, rakyat juga akan turut berbesar hati dan mengalu-alukan apa sahaja penyatuan yang boleh membawa kepada kejayaan sesuatu perkara.

Kata beliau, jika umat Islam di negara ini terus bermusuhan antara satu sama lain pastinya masyarakat akan terus mundur dan tidak maju.

“Kita sedar usaha ini (penyatuan) dialu-alukan oleh masyarakat sebab kita nak kerja, kita nak mara dan maju, jadi tak ada pilihan lain kecuali dengan bersatu,” jelasnya lagi.

Mustafa turut memberi gambaran kerjasama yang terjalin antara UMNO dan PAS di Kelantan yang telah bermula sejak dua tahun yang lalu di mana kedua-dua parti tersebut bersatu dalam menyelesaikan masalah rakyat serta banjir teruk yang melanda negeri tersebut.

Dalam pada itu, Mustafa turut mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung tsunami Melayu dan UMNO bakal berlaku menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 14.

Beliau yang bersetuju dengan kenyataan tersebut berkata orang Melayu kini sudah mula bangkit setelah sedar bahawa mereka sebenarnya memerlukan sebuah kerajaan yang mampu untuk mencorakkan masyarakat kearah yang lebih baik.

“UMNO terbukti bawa manfaat kepada orang Melayu yang telah berjuang demi agama bangsa dan negara.

“Orang Melayu semakin sedar mereka perlu dapat naungan dari parti yang ada track rekod yang mantap, “katanya. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana