‘HINDRAF, JANGAN HARAP PAKATAN HARAPAN TERIMA KAMU’ – PSM

Kelmarin, P. Waythamoorthy mengumumkan Gerakan Hindraf bakal bertukar menjadi sebuah parti politik menentang Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Akhbar Tamil tempatan utama, Malaysia Nanban hari ini melaporkan, Pengerusi Hindraf itu berkata, parti Hindraf akan menjalin kerjasama muafakat politik bersama Pakatan Harapan (PH) untuk bersemuka dengan calon-calon MIC.

Bagaimanapun, kenyataan Waythamoorthy mendapat pelbagai reaksi termasuk Parti Sosial Malaysia (PSM).

Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Michael Jayakumar yang juga ahli PSM mahu Waythamoorthy tidak menaruh harapan terlalu tinggi untuk menyertai PH.

“Saya tidak fikir pakatan pembangkang akan menerima Hindraf. Saya tidak tahu sama parti kecil ini (Hindraf) akan diterima oleh pakatan pembangkang? Itulah persoalannya,” katanya semalam.

Jayakumar merujuk kepada PSM yang sehingga kini masih belum diterima menganggotai komponen PH sebaliknya telah diketepikan.

“Bayangkan, sehingga hari ini PSM tidak pernah diterima pembangkang ke dalam PH, jadi apakah jaminan Hindraf yang akan berwajah sebagai parti politik kecil akan diterima mereka?

“Saya tidak yakin (Hindraf masuk pembangkang),” ujarnya lagi.

Jayakumar berkata pada masa lampau, PSM telah berhasrat untuk menganggotai pakatan pembangkang tetapi mendakwa pembangkang tidak menyediakan peluang atau platform itu.

“Oleh demikian saya tidak rasa, parti kecil yang baru merancang untuk merangkak seperti Hindraf diterima oleh pakatan pembangkang,” tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana