Hello Azmin... hang tau dak, Rafizi calon popular PKR jadi PM ?

Walaupun setengah orang mencemuh sebagai 'masuk bakul angkat sendiri' tapi satu benda yang kita kena 'tabik spring' dengan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli adalah beliau tak malu untuk buat begitu.

Penuh yakin seperti mana 'Sultan Melaka' yakin dia Sultan Melaka sampai semua baju dan kereta pun warna kuning, macam itulah Rafizi 'selamba' umum keputusan kaji selidik bahawa beliau lebih popular dari Presiden PKR, Timbalan PKR sebagai calon PM dari kalangan parti pembangkang.

Jangan kata benda tu lawak... serius ni, dalam satu kajian yang dibuat oleh NGO Invoke Malaysia di mana beliau merupakan pengasas serta penyelaras, Rafizi mengumumkan keputusan kajian tersebut 'calon perdana menteri pilihan dalam kalangan pemimpin pembangkang'.

Menerusi kaji selidik tersebut, Rafizi jauh meninggalkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

"Rafizi Ramli memperoleh 10.7 peratus; Wan Azizah 4.5 peratus; Mohamed Azmin ; 3.5 peratus dan Nurul Izzah 2.6 peratus " kata Rafizi Ramli, pada sidang medianya pada Rabu.

Rafizi berkata, kaji selidik ini berdasarkan daripada jumlah keseluruhan responden iaitu sebanyak 17, 962 pengundi berdaftar yang ditemuramah Invoke menerusi talian telefon.

Dalam pada itu, bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengungguli carta sebagai calon perdana menteri pilihan rakyat Malaysia dalam kalangan pemimpin pembangkang.

Ujar Rafizi, Anwar mendapat sokongan sebanyak 23.5 peratus  diikuti Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditempat kedua sebanyak 17.6 peratus.

"Sementara itu, Penasihat PPBM Mahathir Mohamad mendapat 16.5 peratus; Pengerusi  Bersatu Tan Muhyidin Yasin 12.6 peratus," katanya.

Untuk mengukuhkan hujahnya mengenai kaji selidik tersebut, Rafizi berkata ia dijalankan selama lebih tiga bulan dari 6 Februari 2017 ke 23 Mei 2017.

Pengundi dipilih dan dihubungi secara rawak oleh sistem berkomputer Invoke.

Seramai 2.8 juta orang pengundi berdaftar dihubungi secara rawak.

Daripada jumlah itu, 168,796 orang pengundi mengangkat telefon dan 17,962 orang pengundi menjawab kesemua soalan yang ditanya.

Keputusan hasil dari kaji selidik melibatkan 17,962 orang pengundi berdaftar ini kemudiannya diterjemahkan kepada keputusan nasional mengikut agregat.

Keputusan 17,962 orang pengundi diagregatkan mengikut umur jantina dan kaum supaya melambangkan taburan demografi pengundi di seluruh negara.

Ia juga diagregatkan mengikut taburan pengundi di setiap negeri supaya melambangkan kedudukan kerusi Parlimen di seluruh negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana