Harapan bakal ranap sebab DAP, kata Pemuda PAS

 Pemuda PAS mendakwa Pakatan Harapan (PH) akan berkubur menjelang PRU-14 berikutan tindak tanduk pimpinan kanan DAP yang suka menikam pimpinan parti pembangkang lain dari belakang

Naib Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan sikap DAP yang keras kepala sejak dari dahulu lagi adalah satu petanda kemusnahan akan berlaku dalam pakatan itu.

“Sebenarnya, lebih baik memiliki musuh yang memukul muka anda secara berdepan daripada ditikam dari belakang dan melihat situasi dalam PH yang memiliki rakan seperti DAP adalah satu langkah yang amat merbahaya serta berisiko.

“Percayalah, akan tiba masanya parti-parti yang berada di dalam PH akan menyatakan rasa tidak selesa dengan kehadiran DAP,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Sebelum ini, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS , Dr Mohd Zuhdi Marzuki juga meramalkan jangka hayat PH akan berakhir sebelum PRU-14.

Pada masa yang sama Fadhli mengingatkan kembali situasi dahulu di mana DAP sebagai pemula kepada keadaan yang memecahkan gabungan Pakatan Rakyat sebelum ini sehingga memaksa PAS memutuskan hubungan.

“Bukankah DAP yang memutuskan hubungan dengan Presiden PAS pada ketika kita masih bergelar ‘rakan’?.

Sementara itu, beliau juga melabelkan tuduhan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa PAS yang sudah sesat sebagai tidak berasas.

“Suka untuk saya membuat sedikit pencerahan  bahawa kenyataan tersebut tidaklah disebut oleh mana-mana pimpinan utama di atas pentas muktamar PAS. Ia hanyalah kenyataan yang disebut oleh salah seorang perwakilan sahaja dan tidak bererti ia merupakan pendirian parti.

“Namun, apabila Guan Eng menyatakan bahawa PAS telah ‘sesat’ semata-mata kerana mengganggap DAP sebagai musuh utama, maka ia memerlukan kepada sedikit pembetulan. Hakikat yang sebenarnya beliau yang telah sesat sebelum ini sehingga turut sama mengheret beberapa pihak yang sebelum ini bersama PAS untuk ikut sama tersesat,” katanya.

Terdahulu, Guan Eng dilaporkan berkata  parti Islam itu sudah sesat, susulan kenyataan oleh Perwakilan PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah yang menyebut bahawa UMNO dan Barisan Nasional bukan lagi musuh utama PAS pada PRU-14 sebaliknya DAP kerana menentang agenda Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana