HANYA NAJIB PERDANA MENTERI YG BERJUMPA GOLONGAN ARTIS CAKAP PASAL MASA DEPAN NEGARA, MAHATHIR ADA?

DALAM tak sedar, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak adalah satu-satunya Perdana Menteri selepas Mahathir yang berjumpa dengan golongan artis untuk bercakap tentang halatuju negara di masa depan spesifiknya tahun 2050 dan bagaimana golongan itu boleh dilibatkan serta memberi sumbangan.  Sebagai perbandingan, Mahathir yang jadi Perdana Menteri selama 22 tahun pun tak pernah jumpa golongan artis seperti dilakukan Najib, apatah lagi bercakap tentang masa depan negara dengan mereka.

Malah, Najib juga adalah satu-satunya Perdana Menteri sejak Mahathir yang jumpa pelbagai golongan masyarakat di negara ini bercakap tentang masa depan negara – melalui sesi yang sama.  Mana pernah Mahathir melakukan seperti ini melainkan Najib saja.

Semasa Wawasan 2020 dilancarkan, tidak ada pertemuan seumpama ini antara Perdana Menteri dan rakyat.  Semarak?  Itu dilancar sebelum Wawasan 2020 dan lebih kepada sesi Mahathir untuk menyelamatkan diri dari serangan Tengku Razaleigh – mana ada cerita pasal masa depan negara dalam tu?

Cakap pasal artis era Mahathir, kita lebih ingat tentang soal kemunculan artis rock berambut panjang di TV (ketika itu yang ada hanya stesen kendalian RTM dan TV3 sahaja), pengharaman video dan filem seram  – ya, video dan filem seram pernah diharamkan di zaman Mahathir, ditarik balik ketika Paklah menjadi Perdana Menteri dan tindakan gam buat satu tempoh ke atas lagu-lagu ciptaan M Nasir yang mempersoalkan “Siapa Mahathir”.

Itu yang rakyat paling ingat tentang artis dan Mahathir – mana pernah golongan ini dilibatkan dalam soal pembentukan masa depan negara seperti yang dilakukan pada zaman Datuk Sri Najib hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana