Hadi bayangkan peralihan kuasa Kerajaan Selangor

Spekulasi bahawa Kerajaan Selangor pimpinan Datuk Seri Azmin Ali akan bertukar tangan seolah-olah bakal menjadi realiti selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ‘tidak menolak kemungkinan’ berlaku peralihan kuasa pemerintahan di negeri itu.

Ahli Parlimen Marang itu memberi ‘bayangan’ susulan Majlis Syura Ulama PAS dijangka membuat keputusan memutuskan tahalul siyasi dengan PKR dalam masa terdekat.

“Biasalah, kemungkinan boleh berlaku,” katanya di Pulau Kapas, Khamis.

Semalam, wujud penyebaran mesej di media sosial bahawa enam ADUN termasuk empat daripada PKR mengadap Sultan Selangor, dipercayai sebagai tanda tidak menyokong Menteri Besar, Azmin Ali.

Kumpulan ADUN itu didakwa akan keluar parti dan seterusnya membentuk kerajaan negeri baharu bersama Barisan Nasional dan PAS.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan oleh kepimpinan PKR serta ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail melalui Twitter miliknya kelmarin.

Sementara itu, Hadi berkata, semua pemimpin PAS di Selangor akan patuh kepada arahan kepemimpinan tertinggi jika keputusan putus hubungan dengan PKR dimuktamadkan.

“Kepatuhan kepada arahan adalah penting. Apa-apa pun tindakan, kita akan lihat perkembangan selanjutnya,” ujarnya.

Ditanya kemungkinan pilihan raya di negeri itu, diadakan lebih awal, Hadi berkata, perkara itu terpulang kepada budi bicara Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selain berpandukan kepada perlembagaan negeri berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana