Gugur Kerakyatan Jika Miliki Dua Warganegara....Ada Lagi Geng PH Yang Tak Puashati Boleh Lah Keluar

Kewarganegaraan seseorang rakyat Malaysia akan gugur secara automatik sekiranya didapati pernah memegang dua kewarganegaraan, kata Timbalan Perdana Menteri.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata situasi ini jelas terkandung dalam Perlembagaan Malaysia yang menyatakan mana-mana rakyat Malaysia akan terbatal kewarganegaraannya jika pernah memohon dan menjadi warganegara di negara lain.

"Kita harus melihat kepada perundangan di negara kita terutama dari segi perundangan tertinggi iaitu perlembagaan negara kita yang hanya iktiraf satu kewarganegaraan untuk rakyat Malaysia.
"Jika mana-mana rakyat Malaysia yang mempunyai taraf dua kewarganegaraan maka ia akan gugur secara automatik apatah lagi jika rakyat Malaysia itu pernah memohon dan menjadi warganegara di sebuah negara lain," katanya mengulas isu anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pujut, Dr Ting Tiong Choon yang dilucutkan kelayakan sebagai Adun dalam Persidangan Dewan Negeri itu, Jumaat lepas.

Beliau ditemui dalam sidang media selepas perasmian Majlis Pecah Tanah Kemudahan Awam Ibrahim International Business District (IIBD) di sini Selasa.Ahmad Zahid berkata keputusan yang dibuat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak itu boleh dicabar atau dibawa ke mahkamah oleh parti politik yang berkenaan.

Namun, beliau menegaskan Perlembagaan Malaysia haruslah tetap dijunjung sebagai sistem perundangan yang terulung dan dihormati semua pihak.

"Ini bukan soal mempolitikkan isu tetapi ini adalah soal prinsip yang telah dijunjung oleh seluruh sistem perundangan dan rakyat Malaysia," katanya.

Minggu lepas, usul bagi melucutkan kelayakan Dr Ting sebagai Adun Pujut diluluskan dalam persidangan hari Kedua Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Sarawak ke-18.
Usul itu yang disokong 70 Adun dan 10 menentang dikemukakan selepas Dr Ting dikatakan mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia setelah lama bermastautin di sana.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Malaysia mempunyai Pusat Serantau Digital Bagi memintas Mesej Melalui Komunikasi (CMC) dan sebuah agensi masing-masing di Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Luar Negeri bagi memantau individu yang termasuk dalam ''senarai disyaki.''

Katanya, menerusi usaha yang dilakukan kedua-dua badan ini, individu-individu yang berada di rantau Asia Tenggara dan dahulunya pernah ingin menubuhkan pasukan pengganas dipanggil ''Katibah Nusantara'' untuk dihantar ke luar rantau Asia, sudah pun dapat disekat.

"Ada kalangan mereka berada di selatan Thailand ataupun di selatan Filipina ataupun dari Indonesia yang dulu pernah cuba gunakan Malaysia sebagai pangkalan untuk pergi ke Syria dan Iraq tetapi melalui CMC dan agensi yang ditubuhkan ini, beberapa tindakan susulan telah dilakukan pihak unit anti keganasan PDRM," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian sebagai merujuk laporan sebuah akhbar pada Selasa yang menyebut sekurang-kurangnya 30 pejuang asing yang tidak dibenarkan masuk ke Syria kini berada di Malaysia. -BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana