Guan Eng mengaku jual tanah tanpa tender terbuka

Apabila kerajaan DAP Pulau Pinang 'kantoi' ambil tanah rakyat untuk diserahkan kepada pemaju tanpa tander terbuka... ada saja alasan yang diberikan.

Kontroversi mengenai tanah rakyat seluas kira-kira tiga hektar di Lebuh Raya Peel terjawab selepas Kerajaan DAP Pulau Pinang mengesahkan tanah itu sudah diberi pajakan jangka panjang dengan nilai RM156 juta.

Perkara itu diakui sendiri Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang turut mengesahkan perjanjian dengan Island Hospital Sdn. Bhd. bagi pembinaan hospital swasta tersebut tidak dibuat menerusi tender terbuka.

Jelas beliau, perkara itu memandangkan syarikat berkenaan adalah pelabur bereputasi dan dianggap sebagai pelaburan daripada syarikat multinasional (MNC).

“Perjanjian itu dimeterai tahun lalu dengan premium tanah RM30 juta sudah dibayar sebagai deposit,” katanya dalam sidang akhbar pada Rabu.

Sebelum ini, pelbagai pihak antaranya pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Penang Citizens Awareness Chant Group (Chant) mendesak kerajaan DAP Pulau Pinang menjelaskan status tanah milik kerajaan negeri itu yang didakwa sudah terlepas ke tangan pemaju.

Penasihat Chant, Yan Lee berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai cadangan projek pembangunan komersial di tanah itu, namun mendapati tiada hebahan awam dibuat kerajaan negeri sedangkan tanah tersebut merupakan tanah milik rakyat.

Dalam masa sama, Yan Lee mendesak Guan Eng mendedahkan harga pelepasan tanah itu memandangkan lokasinya di kawasan strategik iaitu di tengah-tengah pusat bandar dengan harga sekaki persegi boleh mencecah RM1,000.

Kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini dibidas banyak pihak kerana didakwa mengambil pendekatan menjual tanah milik kerajaan negeri kepada pemaju untuk dibangunkan projek komersial dalam mengaut keuntungan segera dan berlipat kali ganda.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment