GST SATU BENTUK KEADILAN SOSIAL-MUFTI KELANTAN

Cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan adalah satu bentuk keadilan sosial, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Mohamad Shukri berkata, masyarakat membuat kesilapan apabila mengatakan cukai baharu itu tidak dibenarkan di dalam Islam dan hanya zakat yang boleh dikenakan.

“Masyarakat selalu memikirkan hanya zakat sebagai satu cara untuk membangunkan negara, tetapi mereka lupa satu perkara – zakat hanya untuk lapan asnaf dan tidak boleh digunakan untuk membina jalan raya atau bangunan.
Oleh kerana itu pada Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali ke-106 merumuskan undang-undang pelaksanaan cukai itu adalah harus,” beliau memberitahu pemberita ketika ditemui di pejabat beliau di Balai Islam Lundang di sini Ahad.

Mohamad Shukri mengulas pelaksanaan GST bermula 1 April lepas yang mengakibatkan salah faham dalam kalangan masyarakat yang memandangnya sebagai satu beban baharu.
Beliau berkata kedua-dua zakat dan cukai menyumbang kepada sistem kewangan negara dan mampu mempertahankan keadilan sosial dalam pengagihan kekayaan kepada masyarakat.
“Menurut syarak pelaksanaannya (GST) adalah harus tetapi ia tidak boleh menimbulkan salah faham, salah laku dan eksploitasi apabila dilaksanakan.

Kerajaan perlu mengambil tindakan untuk mengelak perkara negatif daripada berlaku semasa pelaksanaan (GST) dan pada masa yang sama boleh membantu pertumbuhan ekonomi,” kata beliau.
Kutipan GST pada kadar enam peratus berkuatkuasa mulai 1 April lepas dengan pengecualian kepada banyak barangan keperluan asas. Ia dilaksanakan sebagai pengganti cukai jualan 10 peratus dan enam peratus cukai perkhidmatan.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment