Gobalakrishnan kembali ke pangkuan MIC - Subramaniam

N Gobalakrishnan atau Gobi memang terkenal sebagai pemimpin kaum India dalam PKR.

Pernah menjadi Setiasuaha Pemuda MIC, beliau antara yang pemimpin India mula-mula menyertai Pemuda PKR dan diberikan jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda mewakili kaum itu.

Pada Isnin, selepas 18 tahun meninggalkan MIC,Gobi hari ini kembali menyertai parti itu.

Pengumuman tersebut dibuat sendiri oleh Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam, sewaktu berucap pada Majlis Pecah Tanah dan Meletakkan Batu Asas Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Keladi, Sungai Petani Kedah sebentar tadi.

Menurut Subramaniam bekas Ahli Parlimen Padang Serai itu menyuarakan hasratnya untuk menyertai semula MIC dalam satu pertemuan beberapa minggu lalu, dan hari ini secara rasminya beliau kembali bersama MIC.

"Beliau (Gobalakrishnan) memaklumkan kepada saya beberapa minggu lalu dan minggu lepas dia hantar surat kepada saya, hari ini saya beri kelulusan kepada beliau menjadi anggota MIC.

"Beliau tidak meminta apa-apa jawatan sebaliknya hanya mahu menyumbang kepada masyarakat bersama MIC," katanya.

???????Bernama melaporkan Subramaniam berkata, beliau mengalu-alukan sesiapa juga yang berhasrat menyertai MIC dan bersama-sama bekerja bagi mengukuhkan lagi parti.

Sementara itu, Gobalakrishnan berkata, beliau menceburi politik sejak 1987 dan aktif dengan Pergerakan Pemuda MIC, sehinggalah keluar parti dan menyertai PKR pada 1999 akibat hilang keyakinan terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) ketika itu.

"Ketika itu saya terikut-ikut dengan perjuangan yang dibawa (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dengan andaian bahawa selepas 12 tahun bersama MIC, saya boleh membawa sesuatu yang lebih baik untuk masyarakat India melalui perjuangan Anwar.

"Saya pegang banyak jawatan dalam PKR sehinggalah pada 2011, saya keluar PKR selepas menyedari perjuangan itu hanya untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri, bukan membantu negara dan masyarakat India," katanya.

Beliau berkata, melihat negara di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini, bagaimanapun mengubah persepsinya selepas banyak perubahan yang dibawa bagi membangunkan taraf hidup masyarakat India di negara ini.???????

"Saya gembira selepas enam tahun tidak menyertai mana-mana parti politik, saya diberi peluang untuk kembali menyertai MIC. Saya tidak berminat dengan jawatan, sebaliknya hanya mahu aktif berkhidmat untuk masyarakat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana