GAUM: Sindiran Rafizi-Zuraida bukti wujud kem dalam PKR

Perlakuan sindir menyindir di antara dua Ahli Parlimen PKR, Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin berhubung isu permit import (AP) kereta mewah yang diberikan kepada setiap ahli parlimen membuktikan kewujudan dua ‘kem’ dalam parti berkenaan.

Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Zulkarnain Mahdar berkata perbalahan kedua-duanya di laman Twiter dilihat menyerlahkan tindak tanduk mereka yang dipercayai mewakili kem berbeza dalam PKR.

“Difahamkan sebelum ini wujud dua kem di dalam Parti Keadilan  yang diterajui oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali. Turut dipercayai Rafizi Ramli berada di dalam kem Wan Azizah manakala Zuraida Kamarudin pula dengan  Datuk Seri Azmin Ali.

“Perbezaan ketara di antara Wan Azizah dan Azmin Ali jelas ketara apabila gerakan langkah Kajang yang diketuai oleh Rafizi sebelum ini menemui kegagalan untuk meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim,” kata Zulkarnaian.

Pada 26 Mei, Rafizi yang juga Naib Presiden PKR dalam Twitternya, secara sinis memuatnaikkan tweet bahawa beliau adalah antara ahli Parlimen yang bodoh kerana tidak menggunakan AP.

Ia dipercayai merupakan sindiran kepada kenyataan Zuraida sebelum ini yang mendakwa dirinya adalah bodoh jika beliau sebagai ahli Parlimen tidak menggunakan kemudahan AP.

Sementara itu, semalam, Azmin enggan mengulas perlakuan kedua-dua pemimpin kanan PKR itu.

Beliau dilaporkan berkata hanya berminat untuk melakukan kebaikan dan kerja amal sahaja sepanjang bulan Ramadan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana